Sham Kamikaze persoal ‘Gangnam Style’

Posted on the September 4th, 2012 under Artis by admin

Sana sini, masyarakat memperkatakan mengenai muzik lagu Korea, Oppa Gangnam Style atau lebih dikenali Gangnam Style yang mencipta fenomena termasuk di negara kita.

Meraih populariti berganda secara mendadak sejak video tarian ini diperkenalkan melalui Youtube, Jae Sang Park, atau PSY mencuri perhatian ramai.

Sehingga kini, jumlah tontonan video lagu ini di Youtube melebihi 80 juta penonton sekali gus mengangkat nama PSY sebagai superstar.

Tarian pelik seakan tarian kuda yang diperkenalkan mengundang gelak ketawa penonton. Selain itu, elemen lawak, rap dan kepelbagaian warna menjadikan video ini mendapat jolokan ramai.

Merungkai maksud Oppa Gangnam Style, ada mendakwa ia bermaksud I love Gangnam Style dan ia merujuk kepada gaya hidup mewah di daerah Gangnam, Seoul.

Ia juga diistilahkan sebagai Gang (River) dan Nam (Selatan). Namun ada juga yang menyifatkan Gangnam bermaksud, ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’.

Sebetulnya, masih banyak perkara tersurat yang tidak kita ketahui menerusi lagu ini.

Walaupun gaya muzik Korea Selatan ini mencetus fenomena hebat di negara kita, namun ia masih mendapat tentangan beberapa pihak. Penceramah bebas, Sham Kamikaze, menerusi Twitternya, berkata, umat Islam tidak sepatutnya terikut dengan budaya luar.

“Saya sendiri tidak pasti apa itu Gangnam Style, tetapi apa saya tahu, di Youtube ada jutaan yang menonton termasuk umat Islam.

“Walaupun ia menjadi fenomena, namun persoalannya, mengapa kita senang terikut dengan apa jua budaya yang dihidangkan?

“Sepatutnya kita harus menilai dan mengambil kira hukum di sisi ALLAH SWT,” katanya.

Seni kreatif: Zed Zaidi

Menganggap fenomena itu sebagai seni baru, Presiden Seniman, Zed Zaidi, menerima kehadiran muzik tarian unik ini.

Walaupun ramai yang menyelar penyebaran muzik video ini, namun bagi Zed, tiada apa yang perlu dimanipulasikan.

“Muzik Gangnam Style tiada apa yang pelik. Ia hanyalah idea baru yang mempunyai karakter tersendiri dan boleh dikongsi bersama. Tanpa saya sedari, muzik ini mendapat perhatian dan berjaya menarik minat jutaan penonton.

“Tiada apa yang negatif kerana itu cara muzik baru yang kreatif. Cuma, ada bahagian paparan video tidak elok dipertonton kepada kanak-kanak.

“Selain itu, semuanya ok sahaja. Tarian juga sangat menarik dan lebih kurang sama dengan cara menunggang kuda,” katanya.

“Setiap seni yang baru harus dihargai. Jangan hanya pandai memanipulasikannya tanpa menampilkan bukti bahawa muzik itu salah atau bertentangan.

“Bagi saya, ia hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan boleh dijadikan cara senaman,” katanya.

Sinar



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Modern

    Orang tak modern memang tak suka lagu modern. Lebih baik hidup di zaman lama.

  • adam

    seni, seni jga… modern, moder jga… sya stuju 100% pa yg d ktakan oleh “selain zed zaidi” ttntang musik luar. mmang x slah lau kta nk minat ssuatu lagu, tp kna brpda2, kita ada budaya knapa nk ikut bdaya luar? bkan k, budaya islam itu lbih baik, pling x pon bdaya melayu. sya mnat gak lagu luar tp lagu yg mmpnyai lirik yg “bermakna”, “d fahami” dn pling pnting alunan musik yang ble mmbuatkan kita rasa tenang n bhgia…. 

  • Manjumiran

    moden yg berlebihan hingga melanggar batas agama sama seperti hidup di zaman jahiliyah

  • Miseq284

    sempit pemikiran

  • kenichiwa

    moden sgt kalau leh bawak masuk neraka, pe gune deerrr….

  • Msara2410

    Yang penting adap kita sebagai seorang muslim dan melayu hendaklah dijaga.

  • Ziey0484

    nenek kau lah

  • anon123

    apa la…teda cara lain nak ksi naik nama ka?? dulu org kutuk hang tp hang buat deee ja kan..kali  ni dah teda nama mula la nak kutuk org lain…hang dulu tu ok le nama dah naik harga masa tu mahal..sekarang ni had harga turun jgn la nak ksi rosak nama org lain ok…mengkali hang tu dlm bilik siap ngan gaya terkini gangnam STYLE ye tak??? 

  • Bob

    tk suka jgn tegok …

  • faizah

    tertakluk hati masing2…….y penting sape rase die muslim islam teruskan sbg hiburan suke2 je…

  • Fizz_ayie

    ntah ape2 punye lagu ntah….terloncat2 terkinja2….terlalu taksub sgt dgn budaya luar….

  • Tanpamukusepi

    ini lagu syok wooo