Senjata buatan sendiri dijual RM350

Posted on the November 5th, 2011 under Tempatan by admin

SLIM RIVER: Seorang peneroka Felda mengejutkan polis apabila dikesan memiliki kemahiran menghasilkan senapang kayu berbahaya sebelum dijual secara haram kepada orang ramai.

Senjata buatan sendiri itu yang dijual pada harga RM350 setiap laras mampu mengundang maut berikutan menggunakan tabung angin bertekanan tinggi untuk menembak laju peluru guli yang digunakan.

Kegiatan menyalahi undang-undang itu berjaya dipatahkan selepas peneroka berusia 66 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim, yang menyerbu rumahnya di Felda Gunung Besout, di sini.

RAMPAS...Md Tahir (dua dari kiri) menunjukkan senapang kayu buatan sendiri yang dirampas daripada seorang peneroka di Felda Gunung Besout, di Slim River.

Dalam operasi jam 3.40 petang Jumaat lalu, suspek yang juga seorang tukang kayu dikesan menjadikan bahagian belakang rumahnya sebagai ‘kilang’ untuk menghasilkan senapang kayu berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Md Tahir Kasim, berkata siasatan mendapati suspek memulakan perniagaan menjual senapang itu sejak awal tahun ini.

Harian Metro



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Wanted

    hahaha…tua-tua pun mau juga buat jenayah..kan dah kena tangkap dengan polis…

  • Mat Lodin 1

    Apa jenayahnye…cuma pandai buat air-gun, tu pun salah ke? Yang salah orang yang menyalahguna senjata, waimma jenis ape pun. Senapang tu takkan meletup kalau tak ada orang yang membidiknye.

  • 1Malaysia Kreatif

    klau buat tok perhiasan xpe la kot,tp klau bt tok tujuan yg boleh mengancam atau mendatangkan kecederaan pd org lain,to dh salah..x kira la jual pd org lain atau guna sendiri..salah tetap salah der..xkan si pembeli to beli benda mcm to utk bt perhiasan kot?msti ada tujuan punye.hahahah..( pe2 pun rakyat malaysia kreatif )hahahahah..