‘Sabar duhai hati’, status terakhir BB isteri ditemui mati

Posted on the July 30th, 2012 under Tempatan by admin

Status BB milik mangsa sebelum ditemui meninggal dunia.

PETALING JAYA – “Sabar duhai hati”, adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.

Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas panggilannya tidak terjawab.

Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.

“Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.

Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis.

Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu.

“Peringkat awal kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak,” katanya.

Sinar



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Sabrich3821

    ader sepitol ker?

  • Syeryna

    X fhm cmne blh jd smpi bg2 skli….sian ank yg msh kecil kehilanggan ibunya….

  • saya

    berita tak lengkap. sbb apa bunyi dentuman kuat?

  • hamba Allah..

    Al Fatihah…. memberi pengajaran pada org lain supaya lebih bersabar ketika perut sedang lapar dan ingatlah pada Allah SWT..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100004015551645 CikPuan Zila

    kesian…punca stress sgt dlm r/tangga.

  • Noorfitri64

    pentingnya keimanan dititikberatkan dalan kehidupan,kesabaran makanan harian

  • mamachichi

    di bulan ramadan…

  • http://www.facebook.com/Asyfarina Anirafysa Nir

    dugaan… hanya kesabaran dan keimanan yang dpt membantu kita dlm menyelesaikan apa jua permasalahan dunia… 

  • pakhang

    ape ni berita x lengkap.. Hampeh..

  • Zul

    nak berita lengkap beli la akhbar metro.

  • Aien

    xkan suami keje luar pown nk marah…?pelik larh….
     

  • Akazukii_naicha

    tolong jgn persoal ttg keimanan etc. dont pass judgements, you dont know this lovely woman, she is loved by all of us in mpb. never once raised her voice, never missed her solat. she was murdered! by none other than……and yet the hub has the audacity to crafts the story as “suicide”. the one sans iman is the hub. the one should be question is the hub. you folks here dont know whats going on behind closed doors. harian metro, you guys should stripped off this thread…keeping it online will fuels more curiousity and confusions amongst readers. come one this is our fellow media people. HM should know better.