Rumah kedai hangus terbakar, Kitab Tafsir Al-Quran Langsung tidak terbakar

Posted on the February 1st, 2012 under Tempatan by admin

Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam semalam.

Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan.

Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.

Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun kitab itu tidak ‘terusik’ dek api dalam kejadian itu.

Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.

Ingatlah! Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan SYAK – RAGU-RAGU tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu. Fussilat 41:54

Inilah yang dikatakan kebesaran Allah.

Kami akan perlihatkan kepada mereka TANDA-TANDA KEKUASAAN KAMI DI MERATA-RATA TEMPAT (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? Fussilat 41:53

Semoga ia boleh memberi iktibar dan renungan kepada kita semua. Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR / Gambar dari Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Shah Alam


Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • sham

    Allahuakbar…!!!
     

  • http://www.facebook.com/acimpanzeee Acim Panzee

    Subhanallah..Allah melindungi Al Quran hingga kiamat..janji Allah itu benar.

  • Alifmuslim86

    Subhanallah…terpegun… :)

  • afr

    Subhanallah

  • airpool

    Allahuakbar…!!!

  • mahluk ALLAH

    awal2 buat amalan,tu lah tanda2 tuhan wujud…

  • tetamu

    ia mungkin kebakaran kecil saja. kalau tengok kerusi plastik tu pun tak terbakar. apa2 pun, kalaulah ditakdirkan al-quran tu terbakar juga, al-quran tetap kitab yang benar untuk diimani. 

  • Y_wan83

    subhanallah..mungkin pemilik alquran nie selalu membaca alquran…

  • http://www.facebook.com/sixthboo Sixth Bo

    Allahhuakbar…

  • imandania

    subhanaallah..api pon takut na makan ayat2 suci…allah tu maha besar

  • Zahrulmohdnoor

    subhanallah……;)

  • mohd

    allahuakbar. ini menunjukkan kekuasaan allah swt bahawa islam itu benar. ya mutakabbir. allahuakbar……… allahuakbar……… allahuakbar

  • Khadijah Sayuti62

    Subhanallah….Allahuakbar….

  • Tyraa Lee

    SubhanaAllah <3

  • fiza

    Subhanaallah..

  • mirza

    SUBHANALLAH…

  • Afiq_dino09

    Maha suci Allah yang maha Agung lagi maha Besar…

  • Pingback: Quran Tidak Terbakar | tengku.net Community

  • Pingback: Al-Quran Tafsir Tidak Dijilat Api Dalam Kebakaran | Sebaik-baik Cahaya