Rita Masih Sayangkan Perkahwinan

Posted on the May 2nd, 2012 under Artis by admin

Pagi tadi telah berlangsungnya prosiding sebutan kes lafaz cerai pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar dengan pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Razak di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang. Walau bagaimanapun, kes tersebut terpaksa ditangguhkan pada 16 Mei depan atas sebab tidak mendapat persetujuan dari pihak Rita.

Bukan tidak redha dengan ketentuan Ilahi, namun pelakon drama ‘Rozanna’ ini memberitahu ingin mengetahui alasan dan sebab kukuh dari suaminya itu mengenai permohonan cerai yang difailkan terhadapnya sehari sebelum ulangtahun kelahiran Rita yang ke-36.

“Allah dah tetapkan perkara ini cuma saya nak tahu atas sebab apa dia menuntut penceraian ini. Jika betul dia nak bercerai, kenapa tunggu sampai empat bulan. Sebenarnya hati saya dah kebas dan lali kerana sebelum ini pun perkara ini pernah berlaku, namun siapa tak nak perkahwinan mereka kekal, siapa yang nak kan penceraian. Saya sayangkan perkahwinan dan anak-anak saya,” ujar Rita ketika ditemui sejurus selesai prosiding tamat.

“Ini kali ketiga dia keluar rumah. Sepatutnya saya yang perempuan lari balik rumah emak, tapi ini dia. Dulu masa awal-awal kahwin kami susah dan kena macam-macam, kenapa boleh berbincang, tapi bila nak cerai, kena lari-lari. Buat apa saya nak nasihat dia dan nak atur hidup dia. Bagi saya dia ada akal, dah besar dan dah ada dua anak, jadi sepatutnya dia lebih matang.

“Jika benda ini tak ada campur tangan, ia tak akan jadi macam ini. Sebelum dia keluar, dia terkantoi dengan saya apabila beritahu kakak sulungnya telah mengatur rumahtangga dia. Dulu masa nak terima dia, dia dah janji dan sumpah depan saya serta ibu yang dia tak akan bagi lagi keluarga masuk campur. Sebagai suami, dia perlu bertanggungjawab dan kena selesaikan masalah dalam rumah. Bagi saya, dia tak ada pendirian tetap, itu yang buat saya kecil hati.

“Apa-apapun, daya harap benda ini berjalan dengan lancar. Apa saja keputusan, saya terima dengan redha. Cuma saya ingin tegaskan, apa saja berlaku, saya akan tetap ‘fight’ untuk anak-anak,” ujar Rita yang ditemani ahli keluarganya.

Sebelum ini, Rita menerima SMS cerai dari Aidil sehari sebelum ulangtahun kelahirannya yang ke-36. Manakala kes sebutan lafaz cerai berlangsung sehari selepas ulangtahun pertama anak bongsu mereka, Airit Rafqa Arjuna. Pasangan ini akan menjalani proses Jawatankuasa Pendamai pada 16 Mei depan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Gua



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Arniisri

    bila sama2 popular ,nak nikah jadi isu..bila nak berceraipun jadi isu..yang jadi mangsa anak2…masa nak nikah kononnya dah jodoh..wlp ditentang ibu ayah aidil masih teruskan,cinta macam nak rak..betul ker tu?bila nak bercerai senangnya dia lepas tangan..suami apa macam tu…

  • http://www.facebook.com/people/Eyla-Rizall/100000216186313 Eyla Rizall

    inilah bahana kawen dgn budak yg x matang….hansome tpi xde akaiii…..

  • Acong

    Aku berani jamin tentu Aidil dah ada waiting list…saja nak ubah selera..al maklum masih ada rupa paras dan “pop ular” pulak tu…..

  • Qishah2915

    Nama aje lelaki tapi tak reti nak wat keputusan sendiri.. kalu semua nak bergantung harap dengan keluarga buat apa kahwin? Duduk aje dengan keluarga…. ni tidak orang lain kahwin awak nak kahwin tapi bila ada masalah libatkan mak bapak adik kakak. Alhai Aidil be gentlemen lah …. berfikiran matang ler…. perkahwinan bukan mcm permainan bola sepak bila nak dikejar dan bila tak nak ditendang keluar. Renungkan lah ….For Rita be strong ok … yang utama anak-anak anugerah kuatkan semangat…. we all support you….

  • Ainzufar

    suami yg x matang x layak diiktiraf sbg suami. kahwin pandai tp tgggungjwb kureng… duk je dgn kluarga sampai ke tua… apa2 hal rujuk kluarga suh wat kputusan…. 

  • tamu

    hai aidil..kamu tu lelaki jadilah suami yang bertanggungjawab..cubalah uruskan rumahtangga sendiri jangan libatkan keluarga jika lebih menghancurkan, jadilah suami yang berpendirian, kasihan anak-anak yang tak berdosa kesana kesini mencari kasih sayang… bukan menolak takdir penceraian tapi beri alasan yang kukuh untuk bercerai..kesian anak perlukan kasih ibu dan ayah

  • bukan sesaper

    oi korang pegi le bukak citer masa diorang nak kawen dulu2…bukan ke rita kata umur tak penting….aidil tuh matang daripada umur dia….alaaa…pompuan nih lah yang ajau aidil durhaka ngan mak bapak dia….meliuk liuk depan oang…laki mana tak cair oiiiiii…….sah2 korang sumer pompuan control jantan….hah hah

  • bulat

     bukan sesaper= komen yg xberpikir pnjg@1a6a06e503f35ced8f2f087ec3f32c79:disqus @ komen xdak akai cmtu la..apa yg jadi semua atas kehendak dan keputusan diri sendiri xda org yg paksa n ajar untuk bt keputusan.dtg la bergolek ke meliuk lentok ke terkangkang ke terbongkang ke klau dh xnk xda sapa yg bleh paksa..

  • bulat

      bukan sesaper= komen yg xberpikir pnjg @ komen xdak akai cmtu la..apa yg jadi semua atas kehendak dan keputusan
    diri sendiri xda org yg paksa n ajar untuk bt keputusan.dtg la bergolek
    ke meliuk lentok ke terkangkang ke terbongkang ke klau dh xnk xda sapa
    yg bleh paksa.aidil kena pukau ke masa nk menikah?aidil di pukau ke masa nak lafaz ijab dan qabul?aidil xsedar ke anak2 dia ber BIN dan BINTI kan sapa?ada paksaan ke untuk semua tu?

  • jebat

    rita, hang kena muhasabah diri dulu… nape Allah uji rumahtangga hang…
    yg 1st dulu…yg sekarang ni…jgn bukak pekung rumahtangga kat mata umum…tau sikit2 sudah la…apa2 pon, hang tu isteri… aidil tu suami…kisah r/tangga ni toksah cerita lebih la no…kami dok tengok, pihak suami x bukak mulut besaq2 lagi…hang je yg dok jaja cerita hulu hiliaq…paling x tahan ayat kat bwh ni:-[Cuma saya ingin tegaskan, apa saja berlaku, saya akan tetap ‘fight’ untuk anak-anak,” ujar Rita yang ditemani ahli keluarganya.]nmpak sgt hang ni busuk hati…jgn amalkan sifat begitu lg no…
    cuma, hadamkan lah terjemahan surah an-nisa ini…
    [pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka] diulang tempat tidur…
    tapi suami hang trus keluaq dari rumah tu… bukan tpt tido lg dah…
    sama2 la kira muhasabah diri no…

    Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. [an-Nisa 4:34] 

  • sesaper ajer

    alah ko pun bulat….otak bulat dan berulat….itu suratan takdir…hahahhahahhah

  • sesaper ajer

    haaaa….ini lah komen paling besh aku pernah baca…..baru ler bernazzzzz……aku pun dok perati si rita loh nih sebok pukul canang….