Remaja patah lima jari kanan akibat mercun

Posted on the August 8th, 2012 under Tempatan by admin

Mohd Firdaus dirawat di Hospital Lati, Pasir Mas akibat kecederaan di tangan kirinya akibat bermain mercun.

KOTA BHARU – “Saya sudah serik bermain mercun,” kata mangsa mercun, Mohd Firdaus Ismail, 15, dari Kampung Tok Pelanduk, Rantau Panjang apabila kesemua lima jari kirinya patah akibat kejadian tersebut.

Dia yang merupakan bekas pelajar pondok berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10 malam pada Ahad lalu selepas dia menunaikan solat sunat Tarawih di Kampung Batu Karang yang terletak 500 meter dari rumahnya.

“Semasa kejadian, seorang kanak-kanak menyuruh saya menyalakan mercun botol dan tanpa berfikir panjang saya terus membakar mercun tersebut.

“Tiba-tiba ia meletup sebaik sahaja dibakar dan terkena tangan kiri saya,” katanya yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), hari ini.

Mohd Firdaus berkata, pada awalnya dia tidak merasa apa-apa tetapi apabila melihat darah mula mengalir keluar di jari tangannya dia terus membonceng motosikal pulang ke rumah.

Menurutnya, sebaik sampai di rumah, abangnya, Afendi, 25, terus membawanya ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan sebelum dibawa ke HUSM.

“Apa yang berlaku cukup menginsafkan dan saya sudah fobia untuk bermain mercun lagi.

“Saya berharap dapat keluar dari hospital sebelum Aidilfitri ini kerana saya tidak sanggup beraya di sini tanpa keluarga,” katanya.

Sinar



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Ashamrin

    bagus…. dah tahu mercun tu bahaya kau main jugak …kalau putus jari tu pun bagus…

  • yg perihatin

    ayat serik selalu diaktakan mangsa mercun…..dh kena bru nk serik…
    cuba kata sblum main mercun…..

  • donald1001

    jawapan standard, bak kata org lama, dah teratuk baru ter……………., lu pikirlah sendiri 

  • zul

    nasib patah, kalau hancur kudung sampai mati la jawabnye..dek, ingat la anggota badan kite ni takde jual spare part kat kedai, ape yg Allah jaga la bebaik…

  • zul

    *ape yg Allah bagi jaga la bebaik…

  • Zzzz

    ah? serik ke? main la lagi. kan tgn sebelah lagi tu ok. jgn la serik.
    mak bapak pun biar je la anak main mercun. jgn nasihat. bagi duit. bagi galakan. kalu mati pun boleh buat lagi….