Rakyat, Kerajaan Perlu Saling Bekerjasama Kendali Kenaikan Harga Petrol – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan dan rakyat perlu saling bekerjasama dalam mengendalikan isu pergantungan kepada petrol dengan sebaik mungkin.
“Tatkala kerajaan berusaha memastikan harga bahan bakar yang munasabah dan menambahbaik pengangkutan awam, kami juga meminta sokongan dan timbang rasa aanda,” katanya dalam entri terbaru bertajuk “Subsidi Petrol” dalam blog beliau, 1Malaysia.com.my.
Najib dalam entri itu menyatakan kerajaan perlu membuat keputusan dengan cepat mengenai sama ada untuk membenarkan harga dinaikkan mengikut kadar pasaran seperti mana kebanyakan negara-negara jiran atau mensubsidi RON95, mengekalkannya pada harga RM1.90 seliter berikutan kenaikan harga minyak mentah baru-baru ini akibat ketidakstabilan politik di Timur Tengah.
“Saya berpegang kepada prinsip bahawa kepentingan rakyat sentiasa diutamakan dalam proses kerajaan membuat keputusan.
“Kos pengangkutan membabitkan sebahagian besar perbelanjaan harian rakyat, terutamanya penduduk bandar. Oleh yang demikian, tanggungjawabnya terletak diatas bahu kami, iaitu kerajaan untuk memperlahankan dan mengendalikan kos bahanbakar yang sentiasa meningkat, tanpa menjejaskan bajet perbelanjaan lain bagipembangunan,” katanya.
Bagi mengekalkan kadar harga semasa RON95, beliau berkata, kerajaan telah menaikkan subsidi petrol sebanyak hampir 10 peratus.
“Kerajaan sentiasa memberikan pertimbangan sewajarnya apabila membabitkan dasar-dasar subsidi bagi petrol RON95 kerana ia menjejaskan perbelanjaan harian rakyat,” katanya.
Najib berkata, penyelesaian jangka pangjang terhadap masalah kenaikan harga petrol ialah dengan mengurangkan pergantungan kepada petrol.
Beliau berkata, kerajaan sedang berusaha keras untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam bagi menyediakan alternatif kepada pengguna kenderaanpersendirian.
Setakat ini, 38 set baru tren komuter enam-gerabak telah dibeli di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Pengangkutan Awam Bandar untuk meningkatkan perkhidmatan komuter KTM, katanya.
Dua gerabak Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya kini dilengkapi denganunit baru empat gerabak dan proses memanjangkan landasan rel juga sedangdiusahakan, katanya.
Orang ramai juga kini boleh menggunakan perkhidmatan tren ETS yang kini menawarkan perkhidmatan jarak jauh dari Seremban ke Ipoh, dan ke Pulau Pinang dan Perlis di masa depan, katanya. – BERNAMA
| PERINGATAN: Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. |



















