Pramugari ditiduri hantu raya

Posted on the February 20th, 2012 under Tempatan by admin

TINGKAP di bilik utama dipercayai menjadi laluan masuk hantu raya ke dalam rumah Keena.

CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja.

Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.

Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.

“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.

Putus tunang

Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.

Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.

Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.

“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.

“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.

SEMASA azan dilaungkan terdapat bunyi seakan-akan almari diketuk.

“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.

Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.

Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.

“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.

“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.

Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.

Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.

“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.

Disetubuhi

“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.

“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.

Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.

“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.

“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.

Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.

“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.

Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.

Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.

Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.

Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.

Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.

“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.

Kosmo


Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Wkharsani

    mcm film melayu laa….

  • imimiz

    hmmmmmm..berdiri bulu roma ku..

  • Jimy

    bersama-samalah kita ambil iktibar atas apa yg berlaku

  • Harikays78

    kenapa lA manusia ni… suka berdendam smpi sanggup mlakukn sihir … jahat betullllll

  • http://www.facebook.com/people/Kamariah-Jamaludin/100003051846745 Kamariah Jamaludin

    sentiasa berwuduk wlupun dluar waktu solat…brzikir selalu..insyaallah.

  • Sars_gens79

    alah,,,cerita drama melay la nie…sama je…benda2 cam ni masuk paper..bila nak bersaing maju kalau duk percaya benda mcm ni…ni cerita SANTAU merask,,hantu botol kicap…takde cita lain ke

  • Nizamily

    saya pn biasa melalui situasi begini,bkn percaya,tp dia jg mahkluk Allah, biasa melihat dg mata kepala sendri, saya dianiaya ,, tp benda ini akan brkurang dan terus hilang jika diri penuh dg amalan2 wajib dan sunat.. jika kita dpt mendoakan ‘insan’ yg dianggap menganiayai kita itu dg ikhlas utk kesejahteraan dan taufik/hidayah  mereka , maka insyaallah Allah akn membuka jln utk kita ..insyaallah

  • Mohd hairul sempoi

    sentiasa berwuduk wlupun dluar waktu solat…brzikir selalu..insyaallah.

  • Kemenyangharu

    dah kena ceret ngan awang hitam kata hantu raya yang buat…cian hantu raya kena tuduh…celeka punyer negro…

  • kay1

    awak ni jenis orang yang suka menuduh tanpa usul periksa…..jenis suka burk sangka…..insaflah…

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001255254021 SuQa HatiQu

    ne bukn hntu rya,.,.ne hntu bngong,.,.bvnyak2 hntu btina mnusia gak yg dier nak,.,.,.hmpehh,.,.

  • Sitikadariahshafiee

    Saya mendoakan semoga kehidupan Keena sekeluarga tenang dan sejahtera. Amalkan membaca ayat2 manzil sebelum tidur dan Wirdul Latif selepas Solat Subuh dan selepas Solat Asar. Banyak kan membaca “3 Qul” boleh jadikan ia sebagai zikir. Selebihnya berdoa dan bertawakkal pd Allah

  • Pingback: Pramugari ditiduri hantu raya | ARAU BLOGGER