Polis: Suspek amuk dipercayai sakit mental

Posted on the July 10th, 2012 under Tempatan by admin

Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis.

Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lepas dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini, beliau berkata Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak demikian ekoran ajaran agama yang songsang. Polis sedang menyiasat sama ada suspek anggota ajaran sesat,” katanya.

Berita berkaitan:

Mohmad berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, mereka telah dihantar oleh sebuah kenderaan sebelum ditinggalkan di perkarangan JPM.

Dalam kejadian 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.

Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.

Mohmad menjelaskan tindakan polis terpaksa menembak kedua-dua suspek itu sebagai langkah mempertahankan diri daripada terus diserang dan meminta orang ramai supaya tidak mempolitikkan kejadian itu.

Mayat Khalil Afandi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.- Bernama



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Pingback: Kononnya, Amuk di JPM Kerana Dengar Ceramah Abby! — Harian Metro Online

  • Zawiyazsne2004

    overdose

  • Pingback: Jakim ‘buru’ kumpulan suspek amuk — Harian Metro Online

  • Pingback: Amuk di JPM: Ayah dakwa anaknya ‘gila Internet’ — Harian Metro Online

  • Rockstar7045

    comel nya bandana lelaki tu….gambar lanun . ahakzz

  • Zairey_san

    Imam mahdi pakai snow cap bendera lanun…wat malu islam je

  • Islam the way of life

    “Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging”.
    Apa maksud penulis tentang Islam ekstrem? Islam yang ekstrem sepatutnya dikomen sebagai yang terbaik dan bukan dikaitkan dengan perkara yang terlarang dan kotor. penulis sepatutnya berhati-hati dan berhemah bila hendak menulis sesuatu yang dikaitkan dengan Islam. Nabi SAW solat sunat sampai bengkak kakinya; itu dinamakan ekstrem iaitu beliau faham akan sesuatu perkara yang dilakukan dan tidak menyusahkan orang lain serta semata-mata mendapat keredhaan Allah SWT. Islam tidak menyuruh berjuang membabi buta tanpa ilmu, alasan dan kaedah Islam yang sebenar. TIDAK dan JANGAN sesekali mengaitkan sesuatu perkara yang buruk itu dengan Islam, katakan ajaran sesat sudah la… 

  • Naga

    Salam… saya mencadangkan kepada KERAJAAN MALAYSIA agar pihak polis menggunakan senjata renjatan elektrik ataupun “TASER” bagi mengurangkan kematian…  penggunaan senjata api adalah kaedah yang paling akhir sekali… cuba lihat di negara Amerika…. ssemua polis ada membawa senjata TASER bagi mengurangkan kematian…. INGATLAH NYAWA ADALAH AMAT NERHARGA….. Wassalam…

  • Keriel

    Ramai rakyat Malaysia dlm keadaan tertekan dan stress hingga bertindak di luar dugaan. Kasihan pd anak arwah yg jd anak yatim dlm sekelip mata..
    Lps ni harap tiada lg nyawa melayang dan lebih berhemah..Kami memahami tugas polis amat berat..

  • Kebenaran

    guna la taser gun org gila pn mnusia jgk..bkn org tu guna pistol pun..stiap anggota polis perlu ada 2 senjata..1 pistol api dan 1 lg taser gun utk menghadapi situasi mcm di atas..stiap kereta peronda polis pun perlu ada cam utk merakam sebarang kejadian, mcm yg ada di setiap kereta peronda polis amerika.utk kebaikan bersama jgk.kereta evo boleh bli xkan taser gun xbleh beli kot :)

  • insanbiasa

    ape masalh dia ntah kankan. taksub sangat dengan imam mahadi sampai memalukan agama sendiri. pelik..dunia dah hampir kiamat,

  • Sutera_indah218

    penulis kna tau apa yg ditulis this is not islam ekstrem..but ajaran sesat..jgn gunakan perkataan islam..islam itu indah…berpegangla pada al Quran dan sunnah in sha Allah kita sentiasa dibawah rahmat dan redha Ilahi

  • Pingback: Jakim: Khalil ‘Imam Mahadi’ celaru akidah — Harian Metro Online

  • Hangdebat

     hmmm..klu ckp psl bab islam ni,sensitif sgt.smua syok tau ye..takutnye!!!

  • Warga Prihatin

    Penulis bangang no. 1! Sy sokong Islam the way of life…ekstrem dengan ajaran Islam x semestinya ke arah keburukan dan melampau…bangang mangkok punya penulis, xde class punya…
    Yg tindakan polis ni satu hal! mmg xda etika lah…gara2 nak selamatkan diri dr samurai lah tu…byk2 polis pun xdpt lawan yg gila mental ni sorang…pk la oi wahai polis, pakat ramai2 ikat laki mental tu sudah…lepas tu blh lah bagi taser klu takut kena libas samurai…ada pistol je trus guna, akai takdak kaaa……???!!!