Polis mengamuk di Seremban 2 didakwa hari ini

Posted on the July 20th, 2012 under Tempatan by admin

Rakaman CCTV menunjukkan pegawai polis menyerang dua pekerja hotel di Seremban 2, kelmarin

SEREMBAN – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang mengamuk dan mencederakan dua pekerja hotel dua bintang di Seremban 2, di sini, Selalu lalu, didakwa di mahkamah hari ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Md Hassan berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kejadian itu dan laporan siasatan diserahkan kepada pihak pendakwaan.

“Kita menahan pegawai polis terbabit kira-kira jam 10 pagi Selasa lalu dan direman dua hari bagi membantu siasatan tetapi dibebaskan hari ini (semalam) dengan jaminan polis.

“Kita serahkan tindakan selanjutnya kepada mahkamah dan pegawai polis terbabit tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan tatatertib,” katanya kepada pemberita semalam.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota mahupun pegawai yang terlibat dengan kejadian mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Abdul Manan berkata, siasatan pihaknya mendapati pegawai polis berusia 32 tahun itu mahu menginap di hotel berkenaan untuk berehat selepas pulang bercuti bersama seorang lagi anggota polis.

“Insiden dipercayai berpunca daripada salah faham mengenai harga pembelian aiskrim dengan dua pekerja hotel terbabit.

“Pegawai polis berkenaan dipercayai mengalami tekanan perasaan dan dibebani masalah peribadi serta keluarga,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menemui sebarang senjata pada pegawai polis terbabit ketika ditahan.

“Dia telah serahkan pistol miliknya sebelum bercuti dan kita tidak mempunyai maklumat senjata yang digunakannya untuk memukul dua pekerja hotel itu ketika kejadian adalah pistol.

“Hasil ujian urin juga jelas menunjukkan pegawai polis berkenaan bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol,” katanya.

Abdul Manan berkata, pegawai polis terbabit baru lapan bulan berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban.

“Sebelum ini, dia bertugas di bahagian sama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan sudah berkhidmat sebagai anggota polis selama 10 tahun.

“Dia tidak mempunyai masalah disiplin sebelum ini berdasarkan semakan rekod peribadi,” katanya.

Menurutnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan dan disiasat bersama Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kedua-dua pekerja hotel terbabit cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja’afar.

Sinar



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Amir Syahmi

    aiyo.. 

  • matnort

    unsur untuk menjernihkan apa yg berlaku…slps ini pegawai tersebut akan membuat permohonan maaf kpd mangsa dan kes di anggap selesai…mudahnya kan….

  • Kirana

    Salam. sya berharap agar dia memohon maaf kepada 2 orang staf hotel, majikan dan keluarga mereka. juga menanggung semua kos perbelanjaan perubatan. Namun begitu kes harus di utamakan atas sabit kesalahan.

  • Pedangbiru67

    Setelah menonton rakaman, baru jelas dan jika berpunca dari pembelian ais krim ianya  bukan satu alasan pekerja tersebut boleh diperlaku sedemikian rupa dan yang pasti masih banyak perkara yang tersembunyi.Apapun tunggu aje keputusannya dari yang Arif dan bijaksana.

  • Queenzhas

    tgk dr gaye dan cara staf hotel yg pkai topi tu lbih kurang je,knp nk ckp lebih2.pgawai tu mgkin begang sbb bdk tu ckp bnyk.diam sdah la cam nk carik pasal jgk.knp yg staf 1 lg tu ok je.die x mrah pun,mulut bnyk bunyi diam2 sdahla.benda kecik je.kdang2 staf kt hotel mane2 jelah mmg kurang sopan skit.klau tidak takkan la pgawai tu blh tibe2 naik angin pulak.sbb mulut bdn binasa.lpas ni kedua belah pihak harus sama2 minta maaf.

  • annon

    sebab aiskrim? biar betik?

  • http://profile.yahoo.com/SDOKXF5IEWDMQFNLOWOXM2ZKYY zaff

    apa ker hal nya jantan sama jantan nk stay kat hotel?????  @##$%$%^^*&*……eskerimmmm????????  Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…!!!