Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena

Posted on the July 25th, 2012 under Tempatan by admin

Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet.

Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.

Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri.

Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana.

Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah.

Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.

Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana.

Mereka menimbulkan persoalan seperti, layakkah Syafiq yang baru sahaja berusia 16 tahun untuk menjadi suami? Mampukah dia untuk memberi nafkah dari segi zahir seperti wang perbelanjaan, permintaan Yana? Apakah mereka mampu untuk menjadi ibu dan bapa di usia muda?

Itu antara komen-komen yang diberikan kepada pasangan kahwin muda itu.

Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga mereka. Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga.

Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.

Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.

Mengapa berkahwin muda?

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.

Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.

Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” Yaasin: 36.

Wallahualam.

Mynewshub



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • mommy86

    xpe la da smpai jodoh mereka..ape yg ralatnya zaman mak ayah kita pon mereka kahwin awl pe..bahagia jugak smpai ke ujung nya..

  • Dfdfgfeet

    kebiasaan zaman skrg ni kalau berkahwin terlalu muda akn mengakibat byk masalah rumah tangga kelak..klau org tua2 zaman dulu ok la sbb xder benda boleh meruntuhkan rumah tangga diorang..skrg ni mcm2 ada boleh menyebabkan penceraian..org dulu2 hanya tau mencari nafkah jer..org skrg hanya tau nak enjoy jer..blum puas mengenal dunia lagi..

  • Nauthy_boy09

    spa yg bg pandangan negatif 2 meme x ckp ilmu g kowt

  • http://profile.yahoo.com/3U73EX55SSDDBX6D5OASNT4DQA Suriani

    Doakn aje perkahwinan mereka kekal di dunia n di akhirat…insyallah.

  • Carkpung

    komen utk diri sendiri la ni…

  • Hanim

    dekat mana ni?

  • Shaun_dasheep91

    kite doakan la y trbaek untuk dye..ape slahnye kawen muda..drpd buat mksiat n bnyk sgt org buang byi skg ni..klu niat kite baek kawen krn Allah insya Allah la rmh tangga mndpat berkat..just my opinion

  • http://www.facebook.com/ruzainreza Ruzain Reza

    IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA 

    Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”. Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: ” Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.

    Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”. Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

    Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
    dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.

    Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
    atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.

    Itulah Iman Semut!!

    IMAN MANUSIA??

    Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

    Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: “Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”. Jawab Imam Suffian:” Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”. Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

  • http://www.facebook.com/ruzainreza Ruzain Reza

    Sebelum setiap insan lahir dibumi beberapa perkara telah ditulis di Luh Mahfuz oleh Allah swt. Jodoh,rezki,ajal etc. Beriman pada qada’ & qadar. Itu rukun iman. Jgn dibuat main main perkara ini.

    Siapa kata kawen muda risiko tinggi. Pergi baca berita2 sampah artis nikah pagi senja dah kena talak. Adik saudara aku belajar medik tahun pertama dah nikah. Alhamdulillah tinggal lagi berapa bulan nak graduate. Manusia dunia moden takut benar ikut ajaran Islam sebenar. Berusaha Beriman & Bertawakal pada Ya Rabb. Biarkan saja pandangan masyarakat segelintir yang serong & jahil. Hidup kamu untuk Allah swt bukan utk mendapat pujian atau keredhaan manusia.

  • http://www.facebook.com/azie.aiman.14 Azie Aiman

     rasanye   pengantin ni dari  felda chini pahang kot. kalau x silap lah .   kena siasat dulu  betul betul . x   pasti  lagi betul x .
     

  • Dside68

    orang nak selamatkan iman pun ada yang berikan pandangan negatif…inilah manusia akhir zaman…..semakin jauh dengan agama…….sedangkan Rasulullah dinikahkan dengan aisyah ketika aisyah berusia 8 tahun….pelik manusia ni berfikir sedangkan Allah dah bagi panduan bagaimana nak selamatkan iman mereka….manusia…manusia…..hanya fikir berlandaskan nafsu bukan iman…..nafsu dunia…harta,kekayaan,pangkat dan darjat…..ditipu daya oleh syaitan supaya melakukan maksiat secara berterusan tanpa ikatan pernikahan yang kini menjadi trend dan tradisi umat manusia kini……nauzubillah…

  • Bert@Rashid

    Segala puji bagi Allah… Tuhan kpd sekalian alam.

  • Shima_aquagirl22

    Alhamdulillah..syukur sbuah masjid tlh ddirikn..pndapat sy bgusla kawin..skrg ni byk sgt gejala sosial di negara kita ni..lepas ni klu dorg nk bjalan kmana2 n nak buat apa2 tak menimbulkn fitnah..syabas kerana telah mbuat syaitan mnangis spt hadis yg dsebut..wallahuallam..semoga perkahwinan mereka bkekalan hendakNya..

  • Nurilsha28

    Saya nk khwen awal ^__^ dgn sempurna, tlong doakan saya, saya gembira pd sesape yg nikah awal , alhamdulillah .

  • Marinirejab

    Subhanallah….Maha Suci Allah….Tuhan sekelian Alam,,,,,