Penumpang Cerita Saat-Saat Cemas Dalam Pesawat MAS

Posted on the April 18th, 2012 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR: Penulis blog dan bekas pengarang akhbar, Ahirudin Attan yang merupakan salah seorang penumpang dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH002 yang berhadapan dengan masalah enjin ketika baru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London malam Isnin telah menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu berlaku.

Menulis di dalam ruangan blognya Rocky’s Bru, Ahirudin memuji sikap tenang para pramugari dan pramugara MAS ketika salah satu daripada empat enjin pesawat Boeing 747-400 itu berhadapan dengan masalah yang memaksa mereka berpatah balik ke KLIA.

Pesawat itu yang berlepas pada jam 11.40 malam telah mendarat dengan selamat pada lebih kurang jam 2.05 pagi.

Ia berada dua jam di udara mengelilingi sekitar KLIA kerana perlu terlebih dahulu membuang bahan api sebagai langkah keselamatan sebelum mendarat.

Pesawat itu membawa 351 penumpang dan 21 anak kapal. Kesemua penumpang dan anak kapal selamat.

Menurut Ahirudin, kejadian yang menakutkan itu berlaku lebih kurang sepuluh atau 15 saat selepas pesawat berkenaan berada di udara apabila tiba-tiba satu bunyi yang sangat kuat seperti ‘berdebap’ kedengaran.

Kata Ahirudin lagi, bagi mereka yang berpengalaman bertahun-tahun mengembara menaiki pesawat akan dengan segera menyedari bahawa sesuatu yang tidak keruan telah berlaku.

Letupan enjin dalam penerbangan Qantas baru-baru ini.

Tulisnya, pesawat gergasi itu kemudiannya bergegar lalu kedengaran seseorang menjerit “api”.

Beliau melihat pramugari berlari ke arah kabin kelas pertama dan selepas itu diikuti oleh seorang pramugara lain.

“Saya sendiri tidak melihat sebarang percikan api atau kebakaran pada mana-mana enjin pesawat walaupun saya duduk di barisan ke-16 yang membolehkan saya melihat enjin-enjin berkenaan,” kata Ahirudin.

Bagaimanapun jelas Ahirudin, enjin yang bermasalah itu terletak di sebelah kiri sayap.

Pada saat itu cerita Ahirudin, fikirannya sepertimana penumpang-penumpang yang lain melayang memikirkan nasib mereka semua.

“Ia adalah dua jam yang menakutkan dalam sejarah pengalaman penerbangan saya. Tetapi dua jam itu sekali lagi mengesahkan satu perkara kepada semua penumpang iaitu Malaysia Airlines mempunyai anggota kabin yang terbaik.

“Walaupun kapten pesawat mengambil masa yang agak lama untuk mengumumkan apa yang telah berlaku tetapi tabik hormat harus diberikan kepada Pramugari Wai Soh dan kesemua rakannya kerana kecekapan dan ketenangan mereka telah mengurangkan tekanan ke atas para penumpang dan sentiasa melayani para penumpang sepanjang tempoh yang mencemaskan itu,” ujarnya.

mStar



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • lee

    masyaAllah…da mcm citer final destination…..seramm!

  • Songket80

    sebab itu MAS dpt pengiktirafan dunia sebagai yg terbaik sebab juruterbang dan pramugarinya cekap dan tenang menghadapi situasi

  • Samzulizdyachesalleh

    tahniah cabin crew… MAS memang terbaik dan mendapat layak mendapat pengiktirafan dunia…

  • tamu

    alhamdulillah semua selamat…tahniah cabin crew… MAS

  • Linda_ros75

    Alhamdulillah semuanyer selamat n Syabas kpd semua cabin crew Mas mh002 kerana brjaya mnghadapi situasi dgn tenang n bijak!

  • Edzurin

    Alhamdulillah dan syabas to all crew members and to all passengers. Unlike Aasia, sweep everything under the carpet!

  • Dayanaqistyna2907

    Alhamdulillah…good job crew cabin n pilot… Ur the best in the world crew!

  • Art609

    enjin yg terbakar tu MAS @ qantas? dlm cerita MAS,dlm gambar qantas…

  • rahmat

    tiap kali saya naik flight mesti saya terbayang dokumentari Aircrash Investigation, walaupun kerja saya hampir setiap bulan terpaksa travel

  • Min_warak

    i pun hampir mlalui peristiwa sama.. apabila lampu kecemasan di pasang oleh Air Asia kelmarin 16 april 2012. namun semua berakhir dgn selamat alhamdulilah.. ketika itu cuaca buruk dari Sabah ke KLIA.. amat seram.. menakutkan. teringat aku tak solat subuh pagi tu.. mcm2 bermain fikiran aku.. emmm baru aku fahami erti hidup dan persahabatan. nikmati hidup ini dgn sebaik2nya.. dan JAGA SOLAT anda… =)

  • Hadi_atie

    Tahniah Kru MAS…

  • Efylie

    Naik Airasia sama ibarat menggadai nyawa.. Mas cabin crew yg terlatih dari segi fizikal n mental! Kami amat menitik beratkan keselamatan semua penumpang.. Sy bangga dgn pencapaian mereka… Im Proud to be 1 of the best crew in the world..