Pemain forex tak hirau fatwa

Posted on the April 9th, 2012 under Tempatan by admin

JOHOR BAHRU: Walaupun Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam dari mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing (forex) sejak Februari lalu, masih ada yang enggan menerimanya dengan alasan pengharaman hanya dilakukan di negara ini.

Mereka berpendapat, jika benar perniagaan itu haram ia perlu diharamkan di seluruh dunia membabitkan negara lain seperti Indonesia, Arab Saudi dan Mesir, namun statusnya di negara asing masih belum dipastikan.

Hakikatnya, pemain berkenaan sebenarnya bimbang untuk terbabit dalam bidang lain kerana mampu mengaut keuntungan berlipat ganda menerusi forex.

Mendedahkan kejahilan itu, Pengerusi Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia, Norizam Tukiman berkata, dia menerima maklumat ramai pemain forex masih aktif walaupun mereka sedar ia diharamkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Katanya, pemain terbabit aktif memperdagangan forex di Internet dan berpendapat mereka tidak perlu menurut garis panduan ditetapkan pihak berkuasa.

“Apabila ditanya, mereka akan mempersoalkan mengapa forex hanya diharamkan di Malaysia sedangkan banyak negara Islam lain tidak melakukan tindakan sama.

“Saya tidak mahir soal agama dan pada saya, alasan diberikan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan munasabah dan mengikut arahan dikeluarkan.

“Bagaimanapun, sebagai umat Islam saya berpendapat kita perlu mengikut arahan dikeluarkan,” katanya.

Februari lalu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkan perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing kerana tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

Keputusan dibuat selepas kajian Jawatankuasa mendapati perniagaan itu membabitkan spekulasi mata wang selain banyak isu meragukan.

Harian Metro



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Onizuka80an

    jangan ikut kerajaan kafir, bila pasal duit jer terus kuar hukum agama, tapi bila hal yg tidak berkaitan dgn duit, takde halnya buat la suka hati.

  • Amirole lahai

    Agama dengan Politik tidak sama. Agama adalah pegangan hidup dan Ad-din Islam. Politik adalah benda tidak semestinya wajib diikuti. Tetapi agama kita (agama islam) adalah wajib diikuti. MAJLIS FATWA adalah ;

    -Menjadi penasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam hal-hal berkaitan dengan fatwa;

     
    -Menjadi sumber rujukan dengan mengemukakan fatwa sebagai penyelesaian terhadap setiap permasalahan berkaitan hukum hakam;

     
    -Mengkaji dan menyelidik isu-isu kontemporari dalam pelbagai bidang yang timbul dalam masyarakat;

     
    -Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Fatwa MKI dan mesyuarat/persidangan yang berkaitan;

     
    -Menyelaraskan pandangan hukum/ fatwa yang telah diputuskan di peringkat negeri dan negara anggota MABIMS;

     
    -Memastikan semua keputusan yang telah diputuskan disalurkan, difahami dan dipatuhi oleh semua pihak;

     
    -Membangunkan manhaj dan metodologi istinbat hukum yang berkesan;

     
    -Meningkatkan koordinasi antara Jabatan/Pejabat Mufti seluruh negeri;

     
    -Menyebarkan semua keputusan/hukum yang telah diputuskan kepada masyarakat awam ; dan

     
    -Menjadi Pusat Rujukan pandangan hukum/ fatwa di peringkat kebangsaan dan antarabang.dan, Ia bukan politik mahupun kerajaan yang mentadbir justeru adalah berkaitan dengan Agama Islam semata-mata.

  • Amirole lahai

    Agama dengan Politik tidak sama. Agama adalah pegangan hidup dan Ad-din Islam. Politik adalah benda tidak semestinya wajib diikuti. Tetapi agama kita (agama islam) adalah wajib diikuti. MAJLIS FATWA adalah ;

    -Menjadi penasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam hal-hal berkaitan dengan fatwa;

     
    -Menjadi sumber rujukan dengan mengemukakan fatwa sebagai penyelesaian terhadap setiap permasalahan berkaitan hukum hakam;

     
    -Mengkaji dan menyelidik isu-isu kontemporari dalam pelbagai bidang yang timbul dalam masyarakat;

     
    -Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Fatwa MKI dan mesyuarat/persidangan yang berkaitan;

     
    -Menyelaraskan pandangan hukum/ fatwa yang telah diputuskan di peringkat negeri dan negara anggota MABIMS;

     
    -Memastikan semua keputusan yang telah diputuskan disalurkan, difahami dan dipatuhi oleh semua pihak;

     
    -Membangunkan manhaj dan metodologi istinbat hukum yang berkesan;

     
    -Meningkatkan koordinasi antara Jabatan/Pejabat Mufti seluruh negeri;

     
    -Menyebarkan semua keputusan/hukum yang telah diputuskan kepada masyarakat awam ; dan

     
    -Menjadi Pusat Rujukan pandangan hukum/ fatwa di peringkat kebangsaan dan antarabang.dan, Ia bukan politik mahupun kerajaan yang mentadbir justeru adalah berkaitan dengan Agama Islam semata-mata.

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1076300357 Nairulhizam Mohamed Yunus

    mmg haram sbb niagakan brg atas spekulasi dan juga dr segi ekonomi akan meruntuhkan ekonomi negara bila byk sgt RM dijual utk bli foreign currecny. unless nak tgk ekonomi Msia runtuh lagi mcm tahun 96/97 yg smp skng xpulih2, sila la berjual beli matawang ni. yg rugi org2 yg xbrapa nak kaya sbb nilai duit makin kecik dan last2 nak salahkan kerajaan. 
    even pelaburan emas pun kalau xder emas fizikal boleh jatuh haram, ni kan plak kita dagangkan matawang kita utk beli matawang asing. 
    pelik gak la sbb semua bnd nak jadi politik skng. smp fatwa pun dipolitikkan. 
    psl riba, kan ada bank yg Syariah compliance, kenapa tidak kita guna kemudahan tu? sbb pymt bln2 tinggi dr konvensional tu yg rmai org Islam xnak guna perbankan Islam. hakikatnya 90% dr pengguna sistem perbankan Islam dtg dr yg bukan Islam sbb diaorg npk kelebihan pada pengguna. dlm Islam dibolehkan ambil untung tapi ada syarat2 dia. belaja dulu sistem mualamalat Islam baru nak kondem. meh nak bagi contoh : pembiayaan rumah dgn pinjaman rumah (konvensional) ada beza. Pembiyaan rumah cara Islam, adalah bank beli rumah yg saudara/saudari beli tu dr pemaju dan jual semula dgn untung kepada pelanggan bank. dan segala pembayaran dlm sistem perbankan Islam jelas sbb setiap urus niaga ada akadnya. beza dgn konvensional, bank upfrontkan duit tu bagi pihak pelanggan dan amik untung atas duit yg di upfrontkan tu. itu yg jadi riba. dan BLR akan berubah ikut perkembangan ekonomi bermakna kalau buat loan rumah, xsemestinya akan btl2 abes dlm ms 30 tahun (max) sbb BLR mgkn akan naik dan byran loan pun akan meningkat. tp BFR, bila dah diakadkan pd satu kadar (bkn untung atas guna duit bank dulu utk byr rumah tu tapi untung atas hasil jualan semula rumah tu pada pelanggan bank) rate dia tetap smp abes tenor loan tu. mgkn byran bulanan dr segi perbankan Islam agak tinggi tapi rate dia fixed dan jelas semua dalam akad. itu la bezanya sistem perbankan Islam dgn bank konvensional.

  • Gnn_ko303v12

    Habis tu bank jalankan perbankkan yg ada unsur2 riba’ x nak keluarkan fatwa haramkan pulak? Itu haram ini haram, last2 tgk umat islan sendiri jatuh kebawah dalam hal ekonomi.

  • Emmet_neutron

    heran aku…bab forex haram tapi bab arak, rokok,zina yg dah sah2 haram x de pulak pihak nak banteras habis2an…maksiat berleluasa kita pandang ringan…forex lak yg kita sibuk2

  • Aa

     x de ya heran, sebab rokok, arak itu sume perkare yg menguntungkan kpd kerajaan.
    manakala forex, kerajaan takut kalau jumlah semakin bertambah, rakyat tidak lagi melabur pada pelaburan kerajaan ASB dan sebagai nye..

    halal haram malaysia ni terletak pada kepntingan sesuatu, bukan atas ulama, quran dan hadis..

  • Narga

    mau tak mau ,kena ikut jugak2

  • Nargasargerakh

    betul, fatwa kena kuar jugak2, kena kata haram ,bru dapat elaun

  • Narga

    aku sokong, hati hati dgn ulamak elaun

  • Huhu

    klu mcm tu baik semua bank jng bgi bunga la kepada penyimpan duit kerna tu kan riba dan haram…huhuhu…org yg tak main forex senang la dia ckp mcm tu mcm ni konon ekonomi negara blh jatuh klu kite ni bermain forex huhu hello selepas kita tukarkan RM kepada doler bila kita dpt untung kite akan tarik balik duit kemenangan dlm RM ada fhm keeeee…huhuhu so tu bkn dpt meningkatkan ekonomi negara ke tu huhuhu..lagi baik pelaburan d brusa saham BSKL pun d haram kan huhuhu kan tu jg sama dgn FOREX cuma beza satu hala dan dua hala..tetapi ia masi sama kerana bergantung kepada mata wang dunia yg banyk d pangaruhi oleh negara2 besar spt usa,Europ dan uk…..so klu nak band forex je tak aci la kena la sekali semua perniagan yg melibat kan PELABURAN….huhuhuhu ha skg ni kenapa hanya forex yg d gembar gemburkan????? kerna org yg tak ada modal besar pun blh bermain forex dan blh mendapat kan keuntungan klu tred cara yg betul,klu pelaburan saham pula perlu modal yg besar bru blh join the game huhuhuhuhu…..so skg ni sendiri mau ingat la huhuhuhu….tetapi kena ingat jg bisnes mcm ni tidak semuda yg d sangka kan ia memerlukan ilmu ekonomi dan skil dan analisis bru blh mendapat untung tu pun bkn 100%….mgkn org ingat ia semuda mcm mkn kacang kot tu huhuhuhu…adusssssssssssssssss

  • Adiman03

    sume kerana duet…hakikat manusia..