‘Pelanggan’ tembak penyamun

Posted on the August 22nd, 2011 under Jenayah by admin

USUNG...anggota polis mengangkat mayat suspek.

PETALING JAYA: Seorang lelaki mati manakala rakannya parah ditembak anggota polis ketika kedua-dua mereka cuba menyamun sebuah pusat siber di Kampung Baru, Sungai Buloh, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, kedua-dua suspek masing-masing berusia 20-an dan 30-an memasuki premis berkenaan dengan bersenjatakan pistol serta sabit. “Tanpa menyedari dua daripada tiga pelanggan di dalam premis berkenaan anggota polis yang membuat intipan, suspek mengacukan senjata ke arah pekerja pusat berkenaan dan meminta mereka menyerahkan wang.

“Bagaimanapun, dua anggota polis terbabit memperkenalkan diri mereka dan mengarahkan dua suspek menyerah diri,” katanya.

Menurutnya, terkejut dengan kehadiran anggota polis itu, suspek mengugut untuk melepaskan tembakan sekiranya anggota itu tidak mengundurkan diri.

“Polis melepaskan beberapa das tembakan berikutan keengganan suspek menyerah diri serta tindakan berbahaya mereka yang mengancam keselamatan awam,” katanya.

Difahamkan, seorang daripada suspek mati di tempat kejadian manakala suspek yang cedera meloloskan diri dan dikesan di Damansara Damai sejam kemudian sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Tun Hisan berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan bekerja sebagai pegawai keselamatan.

“Kami percaya ada suspek lain bersubahat berikutan penemuan suspek yang cedera di Damansara Damai dan gerakan memburu masih dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata,” katanya.



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Fadhil Aiman Mamat

    Jika Hukum Hudud dapat dilaksanakan ,.ana yakin segala KeJahatan dan Masalah lain akan dapat dihentikan.Kerana Islam Mengajar KEADILAN.

  • http://www.facebook.com/ina.omar Ina Omar

    kalau penjenayah tu, bukan Islam????

  • remy

    bodoh kau