Pegawai cukai minta rasuah dapat ular

Posted on the December 1st, 2011 under Luar Negara by admin

LUCKNOW: Dua petani yang sudah bosan kerana asyik diminta memberi rasuah, bertindak membawa tiga beg berisi ular sebelum membukanya di sebuah pejabat cukai menyaksikan keadaan kecoh kerana kemunculan reptilia itu.

Mereka meminta rekod cukai tanah mereka di kampung berdekatan Narharpur, tetapi pegawai cukai menahan fail mereka selama beberapa minggu dan meminta rasuah.

Polis masih menjejaki petani itu yang dikenali sebagai Hukkul Khan dan Ramkul Ram. Khan adalah penjinak ular.
Kira-kira 40 ular pelbagai saiz dan spesies, termasuk sekurang-kurang empat jenis ular tedung berbisa menjalar di pejabat itu.

“Kehadiran ular itu menyebabkan kerani dan penduduk di dalam pejabat melompat ke atas meja atau bergegas keluar kerana ketakutan dalam kejadian di Basti, kira-kira 300 kilometer tenggara Lucknow,” kata pegawai negeri Uttar Pradesh, Ramsukh Sharma.

Tiada siapa yang cedera dalam kejadian petang kelmarin. Polis dan pegawai hutan kemudian menangkap haiwan itu. – AP


Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Zamros94

    jgn nak duit dari poket owg je cari lah sendiri…..g keje sehari baru kita tahu bertapa susuah nya nak cari duit……

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000983182503 Nur Huda

    wah hehe ! tindakan org yg bwk ular tu , sgt sy bangga !
    boleh ke ?

  • Luqman Jackson

    so brutal

  • Airyne_dragon

    ular btemu ‘ular’ mmg pt0t pn…hu3
    baru kena buku ngn ruas…hahahaha……..

  • mercury

    bagus..baru padan muka!! mintak rasuah sangat!!amek kau!! 

  • Zue5973

    LEN KALI BAGI RIMAU PLAK..

  • Ardini124

    idea terbaikkkkk……….

  • Kassimpower

    so sweet….