Pakatan licik konstabel muda

Posted on the June 11th, 2012 under Tempatan by admin

RUMAH kongsi inilah yang menjadi tempat seorang konstabel sokongan dan tiga rakannya melakukan samun sebelum diberkas di Kemaman, Terengganu kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Kegiatan seorang konstabel sokongan bersekongkol dengan tiga rakannya untuk menyamun sebuah rumah kongsi didiami buruh Indonesia di Jalan Jakar, Kemaman, berbalas apabila dia ditahan kelmarin.

Konstabel berusia 27 tahun tersebut ditahan ketika dia sedang beristirehat di kuarters Balai Polis Chukai, Kemaman pada pukul 7.30 malam iaitu selepas 15 jam kejadian samun itu berlaku.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, kejadian itu berlaku apabila tiga rakan konstabel tersebut menyerbu rumah kongsi berkenaan dengan menyamar sebagai polis cawangan narkotik pada pukul 4 pagi.

Katanya, selepas mengejutkan semua penghuni, salah seorang suspek yang memakai vest mempunyai perkataan polis meminta semua buruh warga Indonesia tersebut berkumpul di hadapan rumah berkenaan dan menunjukkan pasport masing-masing.

“Dua lagi penyamun masuk ke dalam rumah kongsi dan mengambil sebuah beg mengandungi wang RM400 milik seorang buruh berusia 34 tahun.

“Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu konstabel tersebut yang sedang menunggu berdekatan premis itu,” katanya.

Kosmo



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

  • hannibal

    400 ratus je ? ape ke bodoh la 

  • Syed mohd.fikri

    SAMUN DILAKUKAN ANGGUTA POLIS, INI AMAT MEMALUKAN PASOKAN, TERUTAMA KONSTABEL SOKONGAN, INGATLAH, SAYA ADALAH BEKAS KONSTABEL SOKONGAN,TELAH BERKHIDMAT 32 TAHUN DALAM PASOKAN POLIS, DENGAN GAJI PERMULAAN HANYA RM.205.00 TAHUN 1979, BELUM PERNAH UNTUK MENYAMUN SEHINGGA LAH SAYA BERSARA PADA TAHUN LEPAS BULAN 9 .2011, APA KAH INI YANG DIAJAR OLIH PASOKAN? PASOKAN TIDAK PERNAH MENGAJAR ANGGOTANYA MENYAMUN,MEMERAS, DAN SEBAGAINYA, KALAU MEMIKIRKAN MASAALAH KEWANGAN, PIHAK PASOKAN MASIH ADA JALAN UNTUK MEMBANTU ANGGOTANYA DALAM KESEMPITAN IAITU DENGAN TABUNG KELAB POLIS, ITU YANG SEBENARNYA, BUKAN CARA MENYAMUN DAN MEMERAS ORANG AWAM DAN SEBAGAINYA, BERKHIDMAT LAH DENGAN IKHLAS DAN JUJUR, PASOKAN SENTIASA MEMBUKA RUANG MEMBANTU ANGGOTANYA YANG BERMASAALAH.

  • Eyowafa

    Belanja ikut kemampuan diri, klu serambi lebih besar dari ibu rumah gini le jadinya.. Apa2 pun yg penting iman, tepuk dada tanya selera

  • bungul

    ni la jadinya klu training x bagi cukup2.x ingat ssh pyh msa trning.tp skrg ni hmpir smua KS mmg x blh pkai

  • Rockstar7045

    Gaji polis naik camner pun, kalau boros nak berlagak hidup penuh stail, gini lah jadinya. Takkan cukup gaji tu. Ayah saya bekas anggota polis dapat hidup dgn gaji zaman koloni membesarkan adik-beradik saya yang 11 orang. Hati sendiri kena belajar hidup sederhana.