Identiti individu hina Nabi dikenal pasti

Posted on the June 9th, 2013 under Tempatan by

KEMAMAN – Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengenal pasti identiti dua individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W melalui laman sosial Facebook dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian itu memandang serius kes penyalahgunaan Internet di negara ini, terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan yang boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat.

“Saya ingin mengingatkan setiap pengguna Internet di negara ini bahawa mereka tidak akan terlepas dari undang-undang, walaupun perlakuan atau penyataan mereka di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog itu adalah atas dasar peribadi kerana ianya boleh mencetus provokasi di negara ini,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


Nora Danish Manis Bertudung Di Kota Bharu

Posted on the June 9th, 2013 under Artis by

ndkb6

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengelembu. Nora Danish kerana berpegang dengan peribahasa ini. Menghormati undang-undang dan rakyat negeri Kelantan, Nora Danish telah tampil bertudung ketika menghadiri sebuah majlis di Kota Bharu.

Sikap menghormati dan memahami Nora Danish ini harus dicontohi oleh kesemua artis-artis tempatan. Pasti peminat Nora Danish makin menghormati dan kagum dengan sikap yang ditunjukkan olehnya. Rakyat Kelantan pun pasti bertambah sayang pada Nora Danish.

Tunku Abdul Aziz diugut bunuh

Posted on the June 9th, 2013 under Politik by

Tunku Abdul Aziz (dua dari kanan) bersalam dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika dilantik menjadi Naib Pengerusi DAP di Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2008. Turut kelihatan ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang (tengah) dan Pengerusi DAP, Karpal Singh (duduk).

PETALING JAYA – Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa beliau menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon kelmarin dan percaya ancaman tersebut mempunyai kaitan dengan politik.

Beliau yang lantang mengkritik dan mendedahkan pelbagai maklumat sulit DAP sejak meninggalkan parti itu pada Mei tahun lalu menerima ugutan tersebut di rumahnya pada pukul 10.10 malam kelmarin.

Saifuddin: PSM tidak lagi bersama PR

Posted on the June 9th, 2013 under Politik by

SHAH ALAM – PR menegaskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai perikatan itu telah ditolak, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Menurutnya, keputusan tersebut jelas telah dilakukan bersama ahli Majlis Tertinggi PR yang lain selepas mesyuarat yang diadakan sebelum ini.

Tambahnya, berkenaan surat “hitam putih” yang diminta PSM akan diuruskan oleh sekretariat perikatan tersebut.

Gambar mesra Hanis Zalikha tersebar

Posted on the June 9th, 2013 under Artis by

Hanis Zalikha Bertudung 2

PERJALANAN sebagai seorang selebriti tidak menjanjikan seseorang itu akan melalui detik-detik indah semata-mata dalam hidupnya.

Sebaliknya, tatkala kaki melangkah ke dalam bidang seni, maka artis tersebut perlulah bersedia berkongsi segala cerita termasuk perihal peribadinya.

Video Pelajar Dibelasah Pada April Lalu Mula Tersebar

Posted on the June 8th, 2013 under Tempatan by

Video-Pelajar-Dibelasah-Tersebar

BALING – Sebuah rakaman video memaparkan seorang remaja dibelasah oleh seorang lelaki dewasa yang didakwa berlaku di sebuah sekolah agama di sini mula tersebar di laman sosial.

Sebuah blog mendakwa lelaki dewasa itu merupakan seorang guru, manakala remaja itu merupakan pelajar di sekolah terbabit.

Ku Li tetap berundur PRU14

Posted on the June 8th, 2013 under Politik by

GUA MUSANG – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tetap akan berundur dan tidak lagi menawarkan diri untuk bertanding mempertahankan jawatan itu pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Menurutnya, keputusan itu diambil sebagaimana yang diumumkan sebelum PRU13 lalu dan menyerahkan kepada rakyat Gua Musang untuk memilih pemimpin baru selepas ini yang lebih berwibawa dan mampu memberi khidmat terbaik.

Beliau yakin ada pemimpin pelapis untuk menerajui politik bahagian itu dan dia sedia memberi pelbagai bantuan bagi menjamin Umno berada dalam keadaan terbaik dan terus diterima rakyat berbilang kaum.