Tulisan bos AirAsia X buat PERKASA berang

Posted on the May 14th, 2013 under Politik by

Azran Osman-Rani

Ketua pegawai eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani menjadi sasaran cemuhan balas dari pelbagai penjuru hari ini ekoran tulisannya di laman sosial yang didakwa memperlekehkan pertubuhan pro-Melayu PERKASA dan akhbar Utusan Malaysia.

Dalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu hari ini menyiarkan kenyataan dari pemimpin PERKASA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar sikap “bongkak” dan “lupa diri” Azran.


Hadi tolak gesaan agar PAS-Umno bersatu

Posted on the May 14th, 2013 under Politik by

PAS dengan tegas menolak gesaan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa yang mahu parti itu bergabung dengan Umno demi kepentingan kaum Melayu.

Hadi dalam satu laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut, cadangan itu hanya ditimbulkan oleh golongan yang terdesak – dipercayai merujuk kepada pencapaian buruk BN dalam pilihan raya umum 5 Mei.

“Itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas, kita tak boleh pergi dekat, dia pergi dekat, dia (tarik) kita tenggelam sekali,” katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Khalid angkat sumpah MB penggal ke-2

Posted on the May 14th, 2013 under Politik by

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor bagi penggal kedua di Istana Alam Shah, Klang.

Beliau mengangkat sumpah dan membaca ikrar aku janji sebagai menteri besar di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balai Rong Seri istana tersebut pada jam 10.10 pagi ini.

Selepas itu, Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang menandatangani Aku Janji Menteri Besar Selangor yang disaksikan oleh Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pengacara ‘Hijab Stalista’ Jauhi Golongan VIP

Posted on the May 14th, 2013 under Artis by

Ameera juga model tudung kepada jenama Al-Humairah

PETALING JAYA: Pengacara Hijab Stalista, Nor Ameera Zaini, 24, menganggap tujuan menceburkan diri dalam industri seni tanah air adalah kerana minat yang mendalam dan bukan mengejar populariti atau memasang keinginan mendekati golongan VIP.

Jelasnya, dia seorang yang sukar untuk didekati dan sentiasa menjaga batas pergaulan terutamanya dengan lelaki yang tidak dikenali.

“Saya tahu orang akan berkata jika terlibat dalam industri seni salah satu adalah untuk mencari orang berada, tapi saya bukan begitu, saya bukan wanita metarialistik.

Pakatan dicabar jemput SPR jawab dakwaan penipuan

Posted on the May 14th, 2013 under Politik by

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mencabar parti Pakatan Rakyat untuk menjemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menerangkan dakwaan penipuan yang berlaku semasa pilihan raya 5 Mei.
Beliau berkata, tiada sebab mengapa SPR akan menolak pelawaan pembangkang sekiranya bertujuan untuk memberi penjelasan.

“Saya dengan ini mencabar pembangkang supaya memanggil SPR ke tempat mereka. Saya juga mengesyorkan supaya SPR saman mereka yang buat tuduhan terhadap SPR.

“Tetapi paDa pandangan saya, mereka takkan jemput sebab kalau jemput habislah modal mereka. Nak cakap apa?,” katanya dalam sidang media selepas sesi penerangan jentera Penerangan Umno bersama SPR di PWTC hari ini

PAS: Kenyataan bekas hakim dipengaruhi oleh pemikiran Umno-BN

Posted on the May 14th, 2013 under Politik by

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Kenyataan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang berbaur hasutan dipengaruhi pemikiran Umno dan Barisan Nasional kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamed Hanipah Maidin.

Menurut ahli Parlimen Sepang itu, tidak wajar seorang cerdik pandai seperti Mohd Noor mengeluarkan kenyataan yang menggalakkan permusuhan kaum khususnya di antara kaum Melayu dan Cina.

“Pandangan beliau itu silap dan dipengaruhi oleh Umno BN. Macam mana orang yang bijak pandai fikirannya boleh dipengaruhi seperti ini,” kata Hanipah dipetik dari laporan Harakahdaily.

Anwar: Nazri muflis idea

Posted on the May 14th, 2013 under Politik by

IPOH – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mencabar supaya hak istimewa orang Melayu dihapuskan jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih Putrajaya.

Menurut Anwar, kenyataan dibuat ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu menunjukkan muflis idea kerana PR sudah pun membuat keputusan mengenai perkara tersebut.
Katanya, kesemua pimpinan tertinggi PR sudah pun mengemukakan persetujuan mengiktiraf Perlembagaan Persekutuan.

“Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan saya sudah menandatangani untuk mengiktiraf untuk terima Perlembagaan Malaysia termasuk Perkara 153 Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera.