Umno Baling jawab isu video

Posted on the May 12th, 2013 under Politik by

Wanita dalam rakaman ini (kiri) cuba melakukan provokasi hanya untuk mendapatkan wang pengundi luar.

BALING – Umno Bahagian Baling tampil menjelaskan isu video kononnya Umno Baling membeli pengundi yang tersebar secara meluas di laman sosial.

Video berdurasi 1 minit 20 saat itu dirakamkan di Pejabat Barisan Nasional (BN) oleh pihak tertentu yang dipercayai bertujuan untuk menjatuhkan imej BN.


Kempen anti Cina ‘Utusan’ berterusan

Posted on the May 12th, 2013 under Politik by

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Akhbar Umno, Utusan Malaysia dilihat masih lagi meneruskan serangan terhadap komuniti Cina yang didakwa menjadi punca kepada prestasi teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

Dalam artikel yang diterbitkan hari ini, akhbar Mingguan Malaysia, edisi hujung minggu Utusan Malaysia masih menyiarkan artikel berbaur menyerang komuniti Cina, apabila dalam ruangan ‘Analisis Mingguan’ tulisan Awang Selamat menyatakan sudah tiba masanya masyarakat Cina mengambil iktibar menyokong DAP walaupun hakikatnya mereka yang menguasai ekonomi dan antara kaum terkaya.

“Pada PRU 13 masyarakat Cina sekali lagi memilih untuk percayakan DAP, yang memainkan sentimen perkauman yang sangat tenbal. Tsunami Cina lebih besar kali ini,” memetik kenyataan Awang Selamat yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.

Rakyat banjiri perhimpunan Black 505 di P Pinang

Posted on the May 12th, 2013 under Politik by

Pekan Batu Kawan, yang terletak di koridor selatan Pulau Pinang, dibanjiri lautan manusia yang menghadiri perhimpunan Black 505 Pakatan Rakyat di stadium di situ malam tadi.

Diadakan tiga hari selepas 120,000 orang membanjiri perhimpunan yang sama di Kuala Lumpur, perhimpunan di Pulau Pinang malam tadi turut disertai mereka dari negeri jiran – Kedah dan Perak.

Terdapat juga peserta dari Selangor dan Negeri Sembilan yang mengibarkan bendera negeri masing-masing tanpa henti di tengah-tengah simbol roket (DAP), bulan (PAS) dan mata (PKR).

Khalid angkat sumpah esok?

Posted on the May 12th, 2013 under Politik by

SHAH ALAM – Setelah seminggu kontroversi membabitkan jawatan menteri besar Selangor bertebaran, Naib Presiden PKR, Tian Chua memberitahu esok akan berlangsungnya upacara angkat sumpah bagi jawatan itu.

Menyifatkan “tidak ada isu”, perkara berkenaan jawatan menteri besar itu sudah selesai dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah dipersetujui untuk dilantik semula sebagai menteri besar.

“Kita sudah buat temu janji dengan pihak istana (untuk angkat sumpah) Isnin (esok),” katanya kepada Sinar Harian Online.

Pas mampu bertahan tanpa Tok Guru

Posted on the May 12th, 2013 under Politik by

Mohd Amar (tengah) berdoa selepas memotong kek Royalti pada majlis kesyukuran kejayaan Pas Kelantan semalam.

TOK BALI – Sokongan kepada Pas tidak terjejas walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan semua jawatan kerana faktor usia dan kesihatan tidak mengizinkan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sokongan rakyat kepada Pas kerana dasar Islam bukannya disebabkan individu tertentu.

Azizan belum sedar, masih di ICU

Posted on the May 12th, 2013 under Tempatan by

GEORGETOWN – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis di Hospital Pulau Pinang (HPP), sejak Khamis lalu.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, keadaan kesihatan beliau stabil dan ada beberapa pekembangan positif seperti beliau membuka mata beberapa kali.

“Sehingga jam 2.30 petang ini, beliau masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini.

MCA tetap enggan terima jawatan dalam kerajaan

Posted on the May 11th, 2013 under Politik by

Chua Soi Lek (tengah) ketika sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden MCA di Wisma MCA di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – MCA tetap dengan pendirian enggan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri berikutan prestasi buruknya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini, kata Presiden parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

“Parti akan mematuhi resolusi yang dibuat pada mesyuarat agung tahunan 2011 dan 2012 bahawa MCA akan menolak semua jawatan dalam kerajaan, jika prestasinya lebih teruk pada PRU13.