Chong Wei lakar hatrik

Posted on the January 11th, 2011 under Sukan by

DATUK LEE Chong Wei melakar satu lagi sejarah apabila muncul juara hatrik Siri Super Final 2010 selepas menundukkan jaguh Eropah, Peter Gade di perlawanan akhir di Taiwan, semalam.

Kejuaraan ketiga miliknya itu bermakna dia menyapu bersih kejuaraan perseorangan lelaki sejak dipertandingkan pada 2008.

Pada aksi semalam, Chong Wei menang mudah 21-9, 21-14 dalam masa 40 minit untuk melakar kemenangan ke-14 daripada 15 pertemuan dengan pemain itu.

Jumaat lalu, Chong Wei turut mencapai kemenangan straight set di peringkat kumpulan dan kedua-duanya mempamer persembahan bertenaga di separuh akhir untuk bertemu sekali lagi.


>BAM risau penaja jauh diri

Posted on the January 11th, 2011 under Sukan by

TANPA kelibat pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mungkin berdepan kesukaran mendapatkan penajaan.

Hal itu diakui sendiri Bendahari Kehormat Datuk Lim Teong Kiat namun beliau berkata itu bukan halangan untuk persatuan mendapatkan tajaan.

“Memang jika Chong Wei tidak lagi bersama BAM, urusan penajaan sedikit sukar kerana syarikat penaja akan mempunyai pandangan berbeza berbanding sekarang,” kata Teong Kiat menjawab soalan sekiranya naib juara Olimpik itu mengikut jejak jurulatihnya Datuk Misbun Sidek meninggalkan BAM.

Begitupun, Teong Kiat berkata mencari penajaan sememangnya menjadi tugas persatuan dan ketiadaan Chong Wei tidak boleh dijadikan alasan.

Dalglish perit

Posted on the January 11th, 2011 under Sukan by

LONDON: Permulaan malang buat pengurus Liverpool yang baru, Kenny Daglish apabila pasukannya tersingkir daripada saingan Piala FA pusingan ketiga selepas tewas kepada Manchester United (MU) di Old Trafford, malam tadi.

Jaringan pemain veteran, Ryan Giggs menerusi sepakan penalti seawal minit kedua perlawanan sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada skuad The Red Devils itu mencatat kemenangan 1-0 sekali gus membawa mereka ke pusingan keempat.

Pengadil perlawanan, Howard Webb menghadiahkan sepakan penalti itu selepas Dimitar Berbatov dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan Liverpool, Daniel Agger.

Liverpool cuba membalas melalui rembatan kencang pemain dari Argentina, Maxi Rodriguez pada minit ke-18 namun dinafikan penjaga gol lawan, Tomasz Kuszczak. Keadaan bertambah sukar untuk pelawat menyamakan kedudukan apabila kapten Liverpool, Steven Gerrard dilayangkan kad merah pada minit ke-31 selepas kekasaran ke atas Michael Carrick yang berpunca daripada perebutan bola di tengah padang.

Kamaruzzaman teruskan legasi Muhammad Ali

Posted on the January 11th, 2011 under Ekonomi by

Kamaruzzaman Abu Kassim

Kamaruzzaman Abu Kassim

Bangunkan usahawan Bumiputera ke arah berdaya saing

PRESIDEN dan Ketua Eksekutif baru Johor Corporation Bhd (JCorp), Kamaruzzaman Abu Kassim (kanan), bertekad meneruskan legasi Tan Sri Muhammad Ali Hashim dalam memainkan peranan utama membangunkan komuniti usahawan Bumiputera.

Pendirian itu dinyatakan pada pertemuan pertama beliau dengan media selepas dilantik menerajui JCorp awal bulan lalu, menggantikan Muhammad Ali yang meletak jawatan pada 29 Julai tahun lalu.

Malaysia contohi syarikat Hong Kong majukan MRT

Posted on the January 11th, 2011 under Ekonomi by

MTR berjaya gabung pembangunan stesen, landasan, hartanah

MODEL perniagaan yang diguna pakai MTR Corporation Ltd, pengendali sistem transit massa Hong Kong dalam menggabungkan pembangunan stesen, landasan dan hartanah menarik minat kerajaan Malaysia untuk diguna pakai dalam membangunkan projek Aliran Transit Massa (MRT) antara Sungai Buloh dan Kajang.

Ketua Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Nur Ismal Kamal, berkata susulan pelaksanaan model perniagaan sebegitu, MTR membangunkan infrastrukturnya menerusi usaha sama dengan pihak swasta.

Beliau berkata, pihaknya juga mengkaji pelaksanaan kaedah sama dan sedang dalam usaha mencari rakan niaga untuk projek terbabit.

Tawaran aset PLUS ditutup hari ini

Posted on the January 11th, 2011 under Ekonomi by

UEM-KWSP dan Jelas Ulung buat bidaan

TAWARAN pengambilalihan aset dan liabiliti PLUS Expressways Bhd, pengendali lebuh raya terbesar Asia Tenggara, akan ditutup tepat jam 5 petang hari ini dan syarikat itu dijangka membuat pengumuman mengenai bidaan itu dalam jangka terdekat ini, kata penganalisis.

Setakat ini dua pihak iaitu pakatan UEM Group Bhd (UEM) – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Jelas Ulung Sdn Bhd sudah mengumumkan cadangan untuk membuat bidaan.

Namun, peserta pasaran kini membuat spekulasi mengenai kemunculan MMC Corporation Bhd (MMC), syarikat yang dikuasai tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, sebagai ketiga untuk menguasai PLUS.

Perjalanan terakhir

Posted on the January 9th, 2011 under Tempatan by

JASIN: Kepulangan seorang pelajar ke kampung di Rengit, Batu Pahat untuk mendapatkan tandatangan bapanya bagi permohonan pinjaman pelajaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjadi perjalanan terakhir apabila terbabit dalam kemalangan ngeri, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, Syahirah Ahmad Lazim, 19, penuntut Diploma Kejururawatan Kolej Segi, Kuala Lumpur mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta, Zari Affendi Harun, 33, cedera parah di kaki kiri dan patah rusuk kiri.

Kejadian berlaku di Kilometer 187.1 Lebuhraya Utara-Selatan menghala Selatan, dekat sini, apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler dalam perjalanan ke Johor Bahru sebelum terbabas.