KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan bersara wajib pada 17 Mei ini dan bukan meletak jawatan kerana desakan parti politik seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata penyebaran berita mengenai perletakan jawatan Ketua Polis Negara di media sosial dan blog adalah fitnah dan berniat jahat.
Majlis persaraan Ismail akan diadakan sehari sebelum tarikh persaraannya, kata Ramli dalam kenyataan hari ini.
KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini sebulat suara menolak permohonan perletakan jawatan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali sebaliknya membenarkan beliau untuk bercuti sehingga hujung tahun ini.
Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata ahli Perkasa seluruh negara berharap Ibrahim segera menerajui pertubuhan itu bagi meneruskan perjuangan mempertahankan agenda Melayu dan Islam yang disifatkan kian mencabar.
“Dewan Tertinggi Perkasa bersetuju tempoh bercuti Ibrahim sebagai Presiden dilanjutkan sehingga Disember 2013,” ujar Abdul Rahman dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.
KUALA LUMPUR, 10 Mei — DAP menegaskan keputusan pilihan raya Ahad lalu bukan “tsunami Cina”, sebaliknya mendakwa statistik pilihan raya menunjukkan sokongan kuat di kalangan masyarakat Melayu Bumiputera ke atas pembangkang Pakatan Rakyat (PR).
“Saya mahu menunjukkan melalui statistik ini bahawa ya, sokongan kaum Cina meningkat kepada Pakatan, tetapi terdapat banyak tempat-tempat lain di mana sokongan bukan Cina kepada Pakatan juga meningkat,” kata pengarah strategi pilihan raya DAP, Dr Ong Kian Ming, kepada pemberita selepas membentangkan beberapa siri statistik di ibu pejabat parti itu hari ini.
Ong berkata sokongan kepada PR meningkat di negeri-negeri di mana masyarakat Melayu membentuk lebih 70 peratus daripada pengundi — iaitu Perlis, Pahang dan Terengganu — sebanyak 4.4 mata, 3.8 mata dan 3.7 mata masing-masing.

Ibrahim Suffian: Bacaan Najib tidak tepat. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 10 Mei — Pilihan Raya 2013 bukanlah semudah “tsunami Cina” kerana ia menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang Barisan Nasional (BN), kata Merdeka Center semalam.
Sinar Harian Online melaporkan Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengatakan bacaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai pilihan raya umum 5 Mei sebagai “tsunami Cina” tidak tepat kerana Melayu bandar turut mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).
“Terdapat persaingan di kawasan berpendapatan rendah dengan pendapatan sederhana manakala bandar dengan kawasan luar bandar,” Ibrahim dipetik sebagai berkata.

DAP menolak bulat-bulat cadangan supaya parti itu menyertai BN ekoran cadangan MCA untuk tidak meminta sebarang kedudukan dalam kabinet selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti itu menghormati prinspip “satu orang, satu undi, satu nilai” dan tidak akan terjejas dengan taktik BN untuk memecahkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat.
“DAP tidak berminta menyertai BN demi kedudukan kerana jika kami mahukannya, kami sudah pasti lakukannya 40 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru untuk menentang keputusan pilihan raya pada Ahad lalu yang mana dakwanya telah dirompak daripada rakyat Malaysia oleh kerajaan mereka.
Dalam mesej beremosinya hari ini, Ketua Umum PKR itu turut memuji ribuan penyokong mereka yang hadir dalam perhimpunan malam tadi walaupun cuaca hujan serta kesesakan jalan raya di Lembah Klang sebagai bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang katanya dipenuhi “penipuan untuk mengekalkan kuasa.”
“Misi kami jelas. Kami akan terus mengadakan bantahan terhadap penipuan ini yang menafikan kejayaan rakyat.

Suhaila dan peguam syarie, Saadiah Din ketika ditemui media diluar Dewan Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada pagi Khamis.
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis memerintahkan peguam syarie, Saadiah Din yang mewakili Nursuhaila Eliani Suhaimy supaya meminda semula permohonan ubah perintah serta penggantungan perintah mahkamah mengenai hak bermalam kepada pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley terhadap anak mereka, Zahrah Rania.
Hakim Syarie, Mawardi Che Man berkata, permohonan Suhaila selaku plaintif yang dibuat pada 19 April lalu itu tidak jelas dan mengelirukan selain akan menimbulkan masalah lain terhadap perintah asal yang dibuat mahkamah pada 8 April lalu.