Orang minyak mengganas di Gombak!

Posted on the December 28th, 2011 under Tempatan by admin

GOMBAK – Gara-gara trauma akibat diganggu orang minyak, sebuah keluarga di Kampung Laksamana dekat sini terpaksa meninggalkan rumah mereka buat sementara waktu bermula Sabtu lalu.

Mangsa, Kamal Bahari Satar, 36, berkata, keputusan itu diambil selepas keluarga diganggu orang minyak selama lima hari berturut-turut.

“Adik ipar yang datang ke sini tidak tahan selepas diganggu oleh orang minyak yang muncul beberapa kali di dalam dan luar rumah,” katanya ketika ditemui semalam.

Anehnya kemunculan orang minyak itu hanya boleh dilihat oleh ahli keluarga perempuan sahaja.

Menurutnya, kejadian kemuncak berlaku awal pagi Sabtu lalu apabila orang minyak tersebut bertindak mengunci pintu rumah dari dalam sewaktu ahli keluarganya berada di dalam rumah.

“Apa yang pasti, lembaga itu yang bersembunyi di bawah meja makan dicucuk dengan buluh runcing oleh orang kampung dan terdapat kesan darah pada buluh tersebut. Makhluk itu kemudiannya masuk ke rumah sebelah dan kelibatnya disaksikan oleh isteri jiran saya sendiri,” katanya.

Menurutnya, turut ditemui kesan tapak tangan berminyak di tembok dan tapak kaki sewaktu kelibat itu muncul di luar rumah dan kesan ini ditemui oleh anggota polis sewaktu melakukan pemeriksaan.

Kamal Bahari berkata, adik iparnya yang dicalit minyak hitam oleh makhluk itu juga terpaksa dibawa menjalani rawatan alternatif selepas terdengar bunyi bisikan memanggilnya keluar dari rumah selepas itu.

“Syukur adik ipar saya kini sudah sembuh sepenuhnya daripada gangguan tersebut, namun keluarga masih trauma dengan keadaan itu terutama adik perempuan saya yang berumur 22 tahun,” katanya.

Sinar


Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Kakak Natasha

    Tak0tnyer,,,,,,,,,,,

  • Rahma Ima20

    harian metro best i like

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100002399323270 Ei Sha

    EKOT KEJAR ORG MINYAK….BYK BTUL ORG CARI..KT KPG SY NI..

  • Cikeyka_sweet95

    yaAllah , hapuskan orang minyak tuh cepat cepat

  • bro

    alamak…. aq tinggal kat gombak…

  • Pingback: Semailah Semangat Perpaduan dari bangku sekolah lagi « Kempen SSS

  • Thekambing

    mengarut nak mampos. dah ramai kena calit. mana photo nya? even photo calitan minyak tu takda sapa2 boleh tunjuk atleast?

  • Orangm

    ado tak kena up..

  • minyak orang

    bukan xnak percaya..tapi ada lagi ke orang minyak ni..macam karut pon ada n zaman 2012 bukan tahun 90 a’n..

  • naim

    awesome…lama da benda ni x jd…jom pukul dia ramai2…hahaha…

  • Red9candy

    Hahahah . kat depan rumaa akuu kott . takottnyerr :(

  • berbatov

    kalo dapat tangkap,lempang je laju2 muka org minyak ni… bodol betul…kalo nak calit kat pompuan pun, pergi la kat calit kat sarang pelacuran. Bersepah pompuan kat situ…sengal…