Nenek potong tangan cucu 8 bulan

Posted on the June 28th, 2012 under Luar Negara by admin

Bayi malang ini terpaksa menjalani pembedahan selama 12 jam untuk menyambung semula kedua-dua tangannya.

BEIJING – Seorang bayi berumur lapan bulan berhadapan detik menyakitkan apabila kedua-dua belah tangan dipotong sehingga putus tanpa sebab oleh neneknya di wilayah Shandong, China.

Menurut polis, insiden kelmarin, berlaku semasa mangsa sedang dalam jagaan wanita tua itu berikutan ibu bapanya keluar bekerja.

Motif sebenar kejadian masih belum dipastikan kerana suspek dalam keadaan koma kerana cuba membunuh diri sejurus bertindak memotong tangan cucunya itu.

“Petang itu, saya nampak ibu bayi berkenaan meluru keluar daripada rumahnya sambil membawa anaknya yang dalam keadaan berlumuran darah selepas beberapa minit pulang dari kerja.

“Saya juga terdengar wanita itu bercakap dengan seseorang dalam telefon dan berkata tangan bayinya dipotong ibunya sebelum cuba membunuh diri,” kata seorang jiran keluarga mangsa.

Difahamkan, bapa bayi malang itu terpaksa pulang ke rumah mereka untuk mengambil bahagian tangan anak perempuan mereka yang dipotong dan disambungkan semula ke badan bayi berkenaan di hospital.

Dalam pada itu, walaupun pembedahan menyambung semula tangan mangsa membuahkan hasil positif, doktor yang terlibat tidak dapat memastikan sama ada anggota itu dapat berfungsi dengan baik.



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Samporna25

    pelik2 org di china

  • Khaleedakhalil

    ksian dye ann

  • http://www.facebook.com/aiemNana143 Aiem N Ana

    apa la salah baby tu

  • G_M

    klu aku la, potong tgn org tua 2 plak!!dulik pe aku!!!ko da seksa anak aku, rase balik sakit ke x!!!!!!

  • Siti Musalmah

    Gila kot orang tuani,,,mak bapak dia plak bagi kat mak dia jaga. Bagilah kat pusat asuhan yg berdaftar…stress lah sampai gila,,

  • Yatierul1001

    Kalau boleh kita sebagai ibu bapa jangan libatkan mak dan ayah kita menjaga anak kita.berilah mereka peluang berehat setelah lama menjaga kita……tekananlah tu ..bukan senang menjaga bayi dan kanak-kanak….itulah juga kita kene tahu pengasuh yang menjaga anak kita di pusat asuahan juga tekanan…so ibu bapa perlu tahu …
     

  • Snoorazian

    Dia ingat potong kepak ayam kot.  Kalau kita ramaix potong tangan dia, apa pulak jadi tentu meraung melompat agaknya sakit

  • M Alfie86

    bodoh org tua cina ni..

  • Fadil A.W

    Astagfirullahal ‘Adzim

  • boy2

    org china ni mental2 agak nye…xkan darah dgg sendiri nk buat cm tu..ksian budak nii…..