Nasib malang bekas jutawan LBJ

Posted on the September 15th, 2012 under Tempatan by admin

AHLI keluarga berbincang dengan Rashid Jani (berkerusi roda) yang disaman anak sendiri di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, negeri Sembilan semalam.

SEREMBAN – Seorang bekas jutawan Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu dekat sini disaman anak perempuannya sendiri yang mahu me nuntut sebahagian hasil pengambilan sebidang tanah seluas 3.6 hektar oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1998 yang bernilai RM1.6 juta.

Norzay Rashid, 44, turut menuntut mahkamah supaya mengisytiharkan rumah milik bapanya itu yang kini sebagai harta sepencarian dengan arwah ibunya yang sudah meninggal dunia.

Beliau mengemukakan tuntutan ke atas bapanya itu yang kini berkerusi roda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Kamal Basha Muhammad.

Hakim Kamal menetapkan 12 Oktober ini untuk membuat keputusan.

Dalam tuntutan tersebut, Norzay memohon perintah mahkamah bahawa separuh daripada sebidang tanah milik bapanya, Rashid Jani, 75, yang dianggarkan bernilai RM160,000 diisytiharkan sebagai harta sepencarian bagi pihak ibunya, Allahyarham Kering Aman.

Kosmo



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • aderje

    hai dunia….kuasa duit! duit boley menyebabkan ikatan darah daging berantakan…tak kira la siapa salah siapa benar

  • http://www.facebook.com/science56 Fatimah Ali

    disebabkan harta dn wang ringgit sanggup buat apa saja … darah daging sendiri termasuklah adik beradik .maka timbullah fitnah memfitnah, tidak bertegur sama dan kesudahan boleh putus silaturrahim .. susah nak baik dn lebih2 lagi sanggup bawa kes kemahkamah! … Hai bila mati tinggal harta2 tersebut dn yg dibawa bersama kain putih pembalut badan dn berada dlm tanah ! . Bukan setakat tu saja kita akan disoal dlm alam kubur  amalan yg kita lakukan … 

  • Shazna_mishazie

    sebenarnya ada sbb dia buat begitu bkn sbb tamakkan harta..tapi takut nnti setelah habis harta ayah ditinggalkan…pada sesiapa yg alami situasi sebegitu mmg faham apa yg ank itu lakukan…ank selalu dislhkan jika ada isu sebegini rumah harta ibu dan ayah menjadi harta org yg baru saja dlm rumah tersebut jika ibu tiri baik tidak mungkin jadi sebegini tapi sehingga ank2 tidak dpt pulang ke rumah itu apa perasaan …aku tahu sbb aku juga lalui perkara yg sama…….

  • zakucrystal_96

    mungkin betul gak,tapi xkan sampai masuk surat khabar.apa pun bergantung pada situasi,try selesai elok2 dulu selidik betul2 apa tujuan anak tu sanggup saman n buat tuntutan.semua ni melibatkan maruah dan keaiban sesebuah keluarga tu sendiri.bkn semua ibu bapa jahat,begitu gak anak2.

  • OsemZyx

    klu ada harta begitu, elok2 la disettlekan semasa msh idup ni..ditakuti dgan harta peninggalan itulah yg membuat diri terseksa berterusan dialam kubur nanti.

  • tamu

    anak sape la ni sedih

  • Kingker_07

    Orang tua blum mati, harta jdi rebutan…..subhanallah jauh jgn
    lah jadi seperti ini.

  • Siti Dayah

    KISAH YG MEMBUAT AKU TERKEDU..Apapun,tiada alasan untuk setiap anak membuatkan ibu bapanya tersinggung,marah apa lagi teraib..Termaktub perintah Allah dlm Quran:”APABILA MEREKA TELAH TUA JGN KAMU HERDIK MEREKA.BERKATALAH DGNLAH KATA2 YG MULIA,BERBUAT BAIKLAH KPD MEREKA…”Hadapkan mereka ke mahkamah…?”wallahua’lam.

  • Nana89

    Nanti esok2 anak perempuan tu plak buat kat mak dia…seterusnya dan sterusnya…ingat balasan allah balas cash…

  • Etabtburaham

    kesimpulan nya…perlu ke seorg anak menyaman ayah nya kerana harta??? ayah dia yg cari harta so ayah dia punye harta lah…kenapa dia nak plak… klu kata takut ibu tiri dia abaikan ayah dia lepas harta ayah dia abis..ketika tu lah tugas dia sebagai seorg anak diperlukan…. dia jaga ayah dia perlukan bayaran ke??? sy bercakap berdasar kan pengalaman…ayah sy tak lah kaya tp banyak tanah bile dia kahwin ada tanah yg dia letak pd isteri muda dia…itu hak dia sbb adik beradik sy tak perlukan harta ayah untuk hdp…. andai satu ari nnt isteri dia abaikan dia disitu lah tugas kita sebagai anak…jgn ptuskan silaturahim sesama kita lg2 dia AYAH KANDUNG KITA…..

  • Etabtburaham

    mmg ibu tiri ni tak sebaik ibu kandung kita tp tak salah kita sebagai anak rendah kan ego kita kerana seorg ayah… sy juga berada di situasi yg sama tp kenapa sy masih balik ke rumah ayah sy sbb dia satu2nya ayah sampai mati pun kita berbinti dan berbin kn nama dia so slg itu kita perlu hormat dia…jgn persoalkan tentang harta sbb itu harta dia suke hati dia nak buat ape… ayah juga ada ego sendiri so baik kita anak yg megalah tak salah bukan…bila masuk akhbar mcm ni si ayah menuntut harta yg pernah dibri kn kpd anak..nasib baik ayah mintak harta balik je jika ayah dia minta setiap titik darah dalam bdan anak dia mcm mane???tanpa ayah dia takde lah dia kt dunia ni….

  • Emyliaezatty

    Subhanallah… dunia skrang..semuanya krana harta…kerana harta suami isteri leh bercerai,adik beradik bergaduh hingga putus saudara..besar sungguh kuasa harta…apa pun yg penting hati kita..dlm cite nie saya ykin pasti ade sebab yg munasabah sehingga si ank sanggup bertindak demikian. Tp pd saya kita sebagai anak hendaklah hormat org tua, x payah la saman menyaman nie,kan elok panggil semua ahli keluarga duk semeja dan berbincang cari jln pnyelesaian. Kn senang. Kesian si ayah dh la x larat anak plak ajak naik makamah turun makamah. Kesian… nasib badan..

  • Pakpijat

    Bodoh nyer anak