Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat

Posted on the July 2nd, 2012 under Agama,Luar Negara by admin

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Keratan akhbar yang menyatakan bahawa NASA telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini

TEORI QURAN VS TEORI BARAT

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.

Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

Sumber: Nizarazu



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Zawiyazsne2004

    dah nk kiamat 

  • ciput2

    takut tol dengar perkataan 2………dalam diri ni sikit sangat3 amalan yang nak di bawa bertemu Allah…….

  • 1 Malaysia

    Ya..segala dalam al-Quran adalah benar..kajian barat membuktikan..quran mengesahkan..kita umat Islam perlu lah sedar dan bertaubatlah sebelum terlambat. Hanya ada 2 golongan sahaja kelak…golongan yg beruntung dan golongan yg celaka. Maka pilihlah yg mana satu kita akan masuk..neraka atau syurga.

  • Drajudesms

    PATUTLAH PILIHANRAYA DITUNDA TERUS…DAH NAK KIAMAT RUPANYA…..SO BERSATU PADULAH KITA UMAT ISLAM SUPAYA TIDAK SUKAR MENCARI SAUDARA KITA UNTUK MEMOHON AMPUN DI AKHIRAT NANTI….

  • ryf es gara

    Subhanallah maha suci Allah :)

  • Bukan Politik

    jadi…pakat2 perbetullah aqidah masing…
    biar tetap pada Allah yang satu…
    jangan sibuk nak tukar kerajaan ke ape ke~~`….
    aqidah dulu nombor satu!~~…..

    ::

  • Sulastterybee

    subhanallah……..Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani……moga kita semua sedar akan qada qadar Allah…..bangkitlah semua umat islam…jgn lagi kamu lalai dlm kekufuran….jgn kamu jd hamba orang Yahudi n Nasrani

  • Brokenriffs

    mintak maaf, tp saya nak kongsi sikit ilmu….fenomena retrograde motion akn berlaku setiap dua tahun, pasal orbit marikh lebih besar jadi, ia memakan masa lebih lama untuk mengelilingi matahari berbanding bumi….retrograde motion berlaku sewaktu bumi melintasi marikh dan pada waktu itu, marikh seakan2 kelihatan berpusing terbalik dr pusingan asalnya…WALLAHUALAM

  • mis nuyu

    subhanallah , wallahualam .. byk2 kan ibadah slagi pintu taubat masih terbuka .. :)

  • Teratai

    Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat); (An-Najm 53:57)

  • yer_ker

    sebab nk selamatkn aqidah Ummat lah kita kena tukr kerajaan.. Lihat di Mesir skrg,, pemimpin yg menitiberatkan Islam akn membawa ummat membetulkan aqidah. Pemimpin yg jahil agama kerjanya asyik membangunkn dunia. Bab aqidah ambil perhatian sekali sekala, kekadang terlupa…

  • Doubless77

    Komen dangkal seorang yg x tahu nk bezakan isu politik dan agama..apa bukti pakatan pkr, pas dap kalau jd kerajaan dpt membentuk kerajaan yg benar2 islamik? Dan apa bukti kerajaan skrg x membangunkan aqidah? Negara yg mempunyai masyarakat majmuk sgt sukar nk diuruskan..hendak pula yg ada berbagai agama..bersyukurlah dgn kerajaan skrg malaysia masih negara islam..hanya yg x reti bersyukur je yg menjadi penghasut supaya kerajaan dibubar dgn cara yg salah…dgn menimbulkan persepsi yg salah kpd rakyat!

  • Rita

    Klu org nakntukar kerajaan atau apa pun,knp nak marah sgt..apa bn tu kerjaan sampai mati ker….xde yg kekal dan abadi kecuali allah…terang terang rasuah sini sana lagi nak suruh org ikut..awak nak ikut ,ikutlah x pyhlah nak ceramahborgnlain,kita semua ada hak kan….

  • Pingback: Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat

  • ab

    ya.. Allah ampunilah dosa dosaku

  • http://www.facebook.com/rashidah.rahmat.12 Rashidah Rahmat

    huhu…takya tunggu.hampir kiamat baru nak tobat…sekarang ni pun da boleh start nak bertaubat

  • anti politik

    Politik nie ngarut r…xminat la…ape yg pnting skng..aku nk tmbhkn amal ibadat tok bekalan..apuskn pas,bn,pkr n sume2 parti 2.xgne pn ade parti2 klu duk gaduh sesama saudara islam..duk kate org nie duk kate org 2..hapuskan dan hiduplah berlandaskn Al Quran..

  • Pingback: SUMBER NASA : MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT | I Know I Do Bah..niKali Lah…

  • Kasim

    Artikel bodoh. Cubakan buat research sikit sebelum siar. Baca artikel Apparent Retrograde Motion kat English Wikipedia.

    Buat malu je.

  • Pingback: Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat | Al-Fakir Slamet Untung Al-Fasuruany

  • me

    seriously TAKOT laa..!! jom tambah amal dan kuatkan semangat untuk kurangkan maksiat!!

  • yazel

    just nk share knowlegde yg saya tau.maybe org lain dh tau.

    Selama ini kita diajar yg matahari sbg centre dan bumi mengelilingi matahari. sebenarnya tidak…matahari dan bulan yg sebenarnya mengelilingi bumi. sila rujuk artikel ini. http://ahmadzaki.wordpress.com/2012/05/09/matahari-bulan-sebenarnya-mengelilingi-bumi/

  • kerchiks..

    xde pe2 nk komen..cuma doakan semoga Allah sentiasa memelihara, melindungi akidah dn agama Islam pd seluruh umat Muhammad SAW…Ya Allah, ampunkn dosa2 saudara2 ku ini yg sering berbalah…

  • Radh

    Subhanallah….
    ijin copy gambarnya ya…

  • aman malaysia

    isu tukar kerajaan tak perlu dibangkitkan .kerajaan sedia ada telus nyata dan saksama antara kaum.semua sama rata hak orang melayu hak islam ttp menjadi peneraju utama pembimbing masa depan negara. ambil ikhtibar pada pru yang lalu. apa dah jdi pada pulau pinang. atas kesangsian sesama islam akhirnya sesama melayu bangsa lain yang mendapat untungnya.. pikir2 kan lah…bertaubat kita dari sekarang berfikiran rasional dalam membuat sesuatu keputusan. hidupkan negara majmuk aman dan bahagia….jauhi sengketa hidupkan keamanan negara.. tanda kiamat pun hampir tiba kuatkan amalan kita smoga hidup di rahmati allah swt…