Muslihat Israel dan AS berusaha nak hantar bantuan ke Syria

Posted on the April 29th, 2012 under Luar Negara by admin

Seorang penulis AS mengatakan Amerika Syarikat telah menghantar pasukan pembunuh bersenjata ke Syria yang akan menjadikan penduduk sebagai sasaran sebelum Washington menyerang negeri itu. Demikian laporan Press TV.

“Pasukan utama yang menimbulkan masalah di Syria adalah pasukan pembunuh ini,” kata penulis dan sejarawan Dr Webster Griffin Tarpley dalam sebuah wawancara dengan Press TV.

Tarpley menambah, jika AS mahu menyerang sebuah negara maka AS akan menghantar pasukan pembunuh di sana yang akan menjadikan penduduk sebagai sasarannya.

Dia juga menjelaskan, Washington telah menghantar pasukan pembunuh ke Iraq pada tahun 2006-2007. Mereka mencipta perang saudara untuk mempertahankan kehadirannya di negara kaya minyak itu.

Dia melanjutkan, pasukan pembunuh untuk Syria telah diambil bekerja dari berbagai belahan dunia.

“Syria dianggap seperti Iraq. Mereka akan membuat pangkalan yang nantinya akan dibangunkan lebih jauh,” kata sejarawan itu.

Tarpley mencatat bahawa saat ini NATO di Syria tengah mencari peluang campur tangan bersenjata di negara itu. “Ada usaha NATO untuk mencipta perang saudara,” katanya.

Syria telah mengalami rusuhan sejak pertengahan Mac 2011. Banyak nyawa terkorban, termasuk anggota pasukan keselamatan. Barat dan pembangkang Syria menuduh pemerintahlah yang membunuh penunjuk perasaan.

Tapi Damsyik mengatakan, kumpulan pengganas bersenjatalah yang bertanggung jawab atas rusuhan tersebut sesuai arahan dari luar negeri.

Halim Islam Online



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • noah

    salam…
    jadi kalu mcm itu apa tindakan OIC,takkan berpeluk tubuh saja…. walaupun ianya luar dari malaysia,mereka semua beragama ISLAM,saudara kita juga tak kira apa pun…. bayangkan kalau hal yang demikian terjadi di negara kita??? fikir-fikirkan untk kebaikan semua…

  • http://www.facebook.com/khairul.fuady Khairul Fuady

    shiah news agency’s plot. syria sudah lama memenuhi syarat bagi membolehkan UN turut campur. apasal sampai skrg belum ada tindakan apapun? iraq serang kuwait senang saja AS masuk campur. iraq depa klaim punya nuklir tapi tak ada bukti, langsung depa habiskan. afghanistan pun sama. hr ini di syria mangsa dah mencecah 13.000 org. apalagi kena tunggu. bohong belaka AS atau berita macam ni. YG PASTI ADALAH kekafiran itu agama yg satu. plot2 berita macam ni sengaja didesain utk bagi imej postif ke atas assad. ingat tahun 1982, hampir 30.000 nyawa rakyat ahlussunnah dibantai bapa depa hafez al-assad, dan tak ada tindakan apa2pun dr dunia, malahan sokongan negara shiah iran makin menjadi2. hati2 dg makar shiah wahai malaysia.

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100003809582229 Spy Baba

    yelah