Mourinho: Portugal permulaan baik Nazmi

Posted on the June 16th, 2012 under Sukan by admin

Jose Mourinho yang singgah di Malaysia semalam yakin Portugal adalah pilihan yang tepat untuk pemain muda seperti Nazmi Faiz.

Pengurus pasukan Real Madrid itu telha mengadakan lawatan ke Singapura dan Malaysia semalam dan turut sempat hadir di Pejabat Perdana Menteri di Perdana {utra.

Turut hadir bersamanya adalah Pengerusi Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan yang telah menjemputnya ke Malaysia.

Dikesempatan itu Mourinho sempat memberikan nasihat kepada Nazmi Faiz yang akan menyertai kelab Liga Primeira, Portugal SC Beira-Mar pada bulan Ogos ini.

“Liga Portugal adalah tempat yang terbaik untuk pemain yang baru bermula di luar negara. Biasanya pemain taraf dunia datang dari liga Portugal, Brazil dan Argentina.

“Ia sesuatu yang baik untuk beraksi dalam salah satu liga itu.” kata Mourinho.

Sebelum mengurus Real Madrid, Jose Mourinho juga pernah membimbing pasukan Porto, Benfica, Inter Milan dan Chelsea.

“Jika pemain mahu beraksi dalam liga Itali, Inggeris atau Sepanyol, Portugal adalah yang terbaik untuk bermula dan menyesuaikan diri.

“Anda akan belajar campuran disiplin taktikal dan gaya permainan Brazil di Eropah.

“Terdapat beberapa pemain dari liga Portugal. Saya tak tahu banyak tentang pemain Asia tetapi anda boleh gunakan Portugal untuk memulakan karier,” tambahnya lagi.

Nazmi Faiz akan memulakan karier barunya setelah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan Beira-Mar.

Espnstar



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,