Membunuh Basyar Fardhu ‘Ain bagi Setiap Muslim

Posted on the March 17th, 2012 under Agama,Luar Negara by admin

Setiausaha Agung Ikatan Ahlu Sunnah, Dr.Sofwat Hijazi memberikan fatwa supaya Basyar Al-Asad dibunuh bahkan katanya, “Sesiapa yang berpeluang membunuh Basyar tetapi tidak membunuhnya maka dia berdosa.” Hijazi yang juga Ketua Pemegang Amanah Revolusi Mesir itu berkata, “Sesiapa yang dapat membunuh Basyar maka dia akan memperolehi balasan syurga,” katanya dalam pertemuan Khamis lalu anjuran Kesatuan Doktor-Doktor Perubatan dan Ikatan Ahlu Sunnah di bawah tajuk (Peranan Ummah dan Ulama’ Islam Dalam Membantu Syria dan Palestin).

Kata beliau lagi, “Jika wajah saya tidak dikenali nescaya saya akan pergi membunuhnya (Basyar) dan sesiapa yang mampu membunuhnya maka bunuhlah dia dan aku bertanggungjawab terhadap darahnya.”

Sofwat Hijazi kemudian menjelaskan bahawa fatwa tersebut bukan dikeluarkan oleh dirinya seorang bahkan ia melibatkan fatwa seratus orang ulama’ dari pelbagai pertubuhan Islam termasuk Ikhwan Muslimin, kumpulan Salafi dan lain-lain seraya menguatkan dengan jelas bahawa “membunuh Basyar merupakan fardhu ain ke atas umat Islam hari ini”.

Sementara itu seorang lagi ulama’ terkenal dari Mesir Dr.Jamal Abdul Sattar yang merupakan Penyelaras bagi Kesatuan Pendakwah Mesir berpendapat bahawa “Jenayah Basyar yang membunuh puluhan ribu rakyatnya tanpa membezakan antara lelaki atau orang tua atau kanak-kanak seperti yang dilakukan oleh Yahudi terhadap umat Islam di Palestin. Jelas Abdul Sattar lagi, tidak perlu menghormati orang yang zalim walaupun dia mendakwa dirinya masih Islam.

Lihatlah betapa sesatnya Bashar Asad. Manakan tidak, surah Al-Ikhlas ditukar sedemikian rupa dengan memasukkan namanya. Admin tidak boleh bayangkan kenapa masih ada yang mempertahankan rejim Bashar yang jelas telah sesat ini.

(Admin) Jika ini fatwa ulama’ dunia, bagaimana terdapat pandangan songsang diberikan oleh Tan Sri Zainuddin Maidin (klik di sini), bekas Menteri Penerangan Malaysia yang jelas bertentangan dengan fatwa ulama’ di seluruh dunia? Adakah Tan Sri mahu membela kezaliman? Awas Tan Sri! Kelak Tan Sri akan disambar oleh api neraka!

Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • hamba Allah

    nak tanya tan sri zainuddin, habis siapa bunuh rakyat, kanak2 dan org tua di syria tu??

  • saudara islam

    bayangkan keluarga kita,anak kita,isteri,adik,abang,ibu bapa,disembelih,ambik pisau kat dapur cuba letak je kat leher,tau la macam mana gerun nyer perasaan,mungkin x pernah tgk kot orang disembelih,tu yg rileks je,cuba taip kat google tgk bru lah tkt,sedih,pilu,menyayat,bygkn ini sumer terjadi dimalaysia,dan paasti kita teringat saudara islam kita diluar negara yg mempunyai kuasa untuk datang membantu……muga Allah memberi kuasa pada ku untuk membantu saudara islam ku disana amin……