MB Terengganu: Letak jawatan jika sokong pembangkang

Posted on the June 3rd, 2012 under Politik by admin

KUALA TERENGGANU – Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada.

“Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat.

“Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah,” katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.

Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan.

Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan.

Kosmo



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Zul Duta

    Pandangan dr individu yg kurang cerdik…

  • http://www.facebook.com/nordinw Nor Din

    mb bodoh sombong…

  • hambaNYA

    anggota keselamatan akan berbakti kpd kerajaan (xkira umno ataupun pkr)..maksud kerajaan adalah satu kelompok organisasi yg dipilih rakyat melalui pilihanraya..kerajaan bukan hak milik mutlak satu-satu pertubuhan atau organisasi….

  • Umar

    pehal komen aku kne padam

  • Rakyat besa

    Camne la MB ni blh komen camtu? Cube ler pkir bila kluar statement tu. Anggota keselamatan dia mempertahankan NEGARA bkn parti pemerintah. Ade beza antara parti dan NEGARA
    datuk ooiiii

  • gro gigolo

    oh datok!!! fakta mana hang pakai ni..anggota
    keselamatan adelah utk negara la datok oii..
    bkn utk politik.suka hati depa lah nak join mana
    pun..janji depa jaga keselamatan negara.

  • gro gigolo

    oh datok!!! fakta mana hang pakai ni..anggota
    keselamatan adelah utk negara la datok oii..
    bkn utk politik.suka hati depa lah nak join mana
    pun..janji depa jaga keselamatan negara.

  • Daniel_dorma

    kenapalah MB terenganu boleh terfikir cmtu… undi adalah terletak di tangan rakyat..  diaorang punya suka lah nak undi sapa….

  • Zoroaniki78

    baru jd MB dh bengong… polis bukannye hak BN, name pun polis diraja malaysia… kerajaan bayar gaji pun pakai duit negara, duit rakyat, bukan duit umno & BN….

    ko jangan perasan laa….

  • Zai0760

    MB mu belajar demokrasi katner….lain kali sebelum cakap pikir dulu ni menunjukan mu tak reti erti demokrasi bukan BN aje yg ade kat negara ni terpulang le mn mereka nk pilih baru le nama DEMOKRASI

  • Nur cahaya

    Begitu sempitnya pemikiran pemimpin ini, anggota tentera dan polis hanya menjalankan tugas yang diarahkan. Sedih memikirkan seorang Menteri Besar yang cetek inteleknya.

  • Angrybirds

    lalala….apa kh bngng tu…

  • Ogplusfadzlie

    Suka dia lah apa MB nak cakap.masing2 ada hak nak cakap.

  • Khodijahmuad

    Rakyat yg bayar gaji la dato…bkn kerajaan yg bayar..duit kerajaan tu duit rakyat..

  • Angrybird

    aku jumpe MB bangang nie aku ludah sepak dia!!!!