Mayat bayi perempuan ditemui di loji kumbahan

Posted on the July 4th, 2012 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR – Mayat seorang bayi perempuan ditemui terapung di loji kumbahan Indah Water Sepakat Indah, Sg Chua, Kajang dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata mayat bayi perempuan yang cukup sifat itu dijumpai pada pukul 4.41 petang oleh seorang lelaki yang kebetulan lalu di kawasan loji kumbahan itu.

“Siasatan awal polis mendapati mayat bayi itu dibuang dalam ruang kumbahan pangsapuri sebelum hanyut ke loji utama,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mayat itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
- Bernama



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,