Maut direjam batu-batu akibat masalah meletak kereta

Posted on the August 3rd, 2012 under Tempatan by admin

MELAKA: Akibat pertelingkahan keluarga berpunca daripada masalah meletak kereta, seorang jurujual maut dalam satu pergaduhan membabitkan lebih 20 individu di sekitar Tanjung Kling, dekat sini.

Mangsa, Mohd Faizal Harun, 34, pada mulanya cedera parah di kepala selepas dibaling batu bata ketika pergaduhan kira-kira jam 5 petang 28 Julai lalu, namun disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 11.50 malam Selasa lalu.

Menurut sumber, pergaduhan itu berpunca apabila sebuah kereta terhalang ketika mahu keluar rumah, menyebabkan berlaku pertikaman lidah dengan anggota keluarga yang tinggal bersebelahan.

“Pergaduhan antara dua keluarga itu bertambah buruk apabila rakan dan saudara lain turut campur tangan hingga membabitkan lebih 20 orang,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dalam pergaduhan itu pelbagai senjata digunakan termasuk kerambit, batu bata, besi, kayu dan pasu bunga hingga mengakibatkan beberapa yang lain cedera.

Harian Metro



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • KuJo

    gilaaaaaaa…pasal parking pun nak gaduh…otak takde ke??

  • nenektuer

    dgn jiran pun nak bergaduh..tah apa2…hati panas aje kemain

  • Perangkota

    berbaloi ke agaknye bergaduh pasal parking lepas 2 ade yang kene hukum gantung sampai mati…kekekeke…ni la keje org jahil…buat sesuatu perkara tanpa pikir baik buruk…

  • Ambrosejoel72

    NAK RASA JD PENGHUNI PENJARA..MAKAN FREE!!!!

  • Kreyjune

    nie buat keje bodoh namanya di bulan puasa nie. mati sia2 je.

  • mak enon

    vangang! sorang dah mati, puas hati la tu!

  • Princess Chikako

    Adakala jiran sebelah menyebelah mmg x ada rasa tolak ansur. Pentingkan diri. Parking aje lah kat tpt masing2. X usah masuk kawasan org. Kalau dah selalu sgt ganggu kawasan org mmg ini lah jadinya. Hormatilah jiran tetangga… Seorg dah jadi pembunuh, seorang lagi dah dibunuh… Rugi… Rugi :(

  • john labu

    Manusia oh manusia..ada otak pakai,jgn dok ikut nafsu aje..skrg nyawa dah x da harga..mcm beli ayam dkt pasar je..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1599861820 Hairol Niza

    nafsu amarah mengatasi akal..akal diletak di bawah sekali, manakala amarah diletak paling atas…jahil..otak besor, tp x pndi guna…s

  • bbliza

    org kata bulan puasa bulan kesabaran….dimana sifat kesabaran manusia dalam berita nih yang sedihnya semuanya melayu beragama Islam….

  • Papasolo69

    Nie mesti pagi td tak sahur nie…

  • Syed

    Agaknya semua yang terlibat tu tersangatlah berpuas hati sekarang kerana telah dapat “parking” kan secara PERCUMA seorang dari jiran mereka sendiri kat bawah tanah sana selama-lamanya. Pelik sungguh! Di manakah hilangnya  ciri-ciri  dan nilai kemanusiaan? Tidak kah ada secalit pun kewarasan???   

  • I hate Keling

    Aku dgr jiran die ni keling

  • aziz jamil

    setela hasrat hawa nafsu telah kita tunaikan maka jawapannya penyesalanlah yang akan tiba. sebab itulah RASULILLAH S.A.W MENGINGATkan kita agar selalu bersabar.