Majalah Perancis siar kartun Nabi, Islam tambah marah

Posted on the September 19th, 2012 under Luar Negara by admin

Umat Islam Indonesia melaungkan slogan ketika mengadakan protes di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jakarta, Indonesia, hari ini. – Foto EPA

PARIS – Sementara protes berhubung filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW hari ini sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam.

Perkembangan itu menyebabkan polis rusuhan terpaksa dikerah untuk melindungi pejabat majalah tersebut.

Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk gambar bogelnya.

Editor majalah itu berkata pihaknya “akan mengejutkan” mereka yang mahu dikejutkan.

Majalah tersebut dikeluarkan ketika bantahan yang meruncing terhadap filem anti – Islam tersebar di internet. Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius mengutuk keputusan Charlie Hebdo yang bersifat provokatif dan telah mengarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pejabat diplomatik di negara – negara Islam.

Editor majalah tersebut, pada asalnya seorang kartunis yang menggunakan nama Charb, nafi melakukan provokasi terhadap perkara tersebut.

“Ia adalah satu kebebasan akhbar, adakah ia satu provokasi?” katanya.

“Saya tidak menyuruh masyarakat Islam untuk membaca Charlie Hebdo, seperti mana saya tidak akan pergi ke masjid untuk mendengar khutbah, mendengar perkara yang saya sendiri tidak percaya,” katanya.

Seorang imam besar masjid di Paris, Dalil Boubakeur menyeru umat empat juta umat Islam di Perancis agar bertenang.

“Ia adalah satu kekeliruan, kesedihan dan kebimbangan yang telah saya lalui, di mana ia menambah lagi kemarahan umat Islam yang berlaku sekarang di seluruh negara Islam,” kata beliau.

“Saya merayu kepada mereka agar untuk tidak mencurah minyak dalam api yang sedang marak,” katanya.

Majlis Islam Perancis turut memohon umat Islam agar bertenang.

Sinar



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • http://www.facebook.com/sarinah.sidek Sarinah Sidek

    YAALLAH , BERILAH BALASANMU KEPADA ORG YG MENGHINA NABI MU..YA ALLAH..

  • Aishah

    knp Nabi Muhammad mesti dihina??…org Islam xpernah mengganggu ugama mrk… umat Islam jgn berdiam diri dgn tindakan mrk mempersendakn Islam…Kt wajib mempertahankn Nabi Muhammad serta Allah kita…Mari umat Islam seme bersatu dan menangani issue ini…Ya Allah…kau yg maha Agung…kau saja yg dpt menghukum mrk…

  • Normiomar75

    Betul tu kita mesti bersatu Demi agama Islam Dan nabi Muhammad s.a.w.

  • Kenapa

    Kenapa Allah tak datang menasihat, menahan dan menghukum orang anti-Islam ?  Kenapa biarkan keadaan ini terjadi dari dulu hingga sekarang ? Semua manusia ciptanya jadi haruslah menasihat supaya dunia ini aman.  Jika Allah wujud dan berkuasa haruslah bertindak segera !!!

  • people

    cuba kalau buat karikatur kepercayaan mereka bogel ke,kena tolak ke..agak2 marah x? ..mahu terbalik dunia ni,tp ada org Islam buat??xde kan..tunggu je la hari pembalasan nanti, tgk la korang kt mana,.umat Islam kat mana..

  • Love Lylie

    agama kristen memng kurang kerjaan,, tidak punya otak dan hati yg  bersih,,bisa nya cuma menghina saja… Tunggu saja lah balasan dr Allah

  • Rgnazome

    :: laknat la mereka ya Allah yg menghina kkasih mu muhammad s.a.w …

  • Sedih

    Amat sedih Nabi Muhammad dihina lagi. Allah berilah petunjuk kepada anti-Islam janganlah tunggu sampai hari kiamat. Dunia ini semua manusia ciptaan mu. Janganlah biarkan perkara ini berlaku lagi…..