Mahkamah haramkan yoga ketawa

Posted on the June 20th, 2012 under Luar Negara by admin

GAMBAR pada 1 Januari 2012 menunjukkan beberapa konstabel polis melakukan yoga ketawa di Jalandhar, India.

MUMBAI – Senaman yoga dipercayai dapat mengurangkan tekanan dan mengekalkan kesihatan badan, tetapi sebuah kelab yoga di sini diarahkan menghentikan sesi senaman ketawa pada waktu pagi selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada penduduk setempat.

Mahkamah Tinggi Bombay mengarahkan polis supaya menghentikan sesi berkenaan selepas seorang warga emas berusia 78 tahun mengadu senaman ketawa itu menyebabkan dia mengalami tekanan mental, selain mengganggu penduduk di kejiranan berkenaan.

“Adalah tidak wajar untuk kumpulan senaman tersebut berhimpun di luar rumah seseorang dan ketawa berdekah-dekah,” kata panel hakim selepas mendengar petisyen yang dikemukakan oleh Vinayak Shirsat yang menetap di Kurla, pinggir bandar raya ini.

Menurut petisyen berkenaan, terdapat 10 hingga 15 ahli kumpulan tersebut berkumpul pada pukul 7 pagi untuk menyanyi, bertepuk tangan dan ketawa dengan kuat.

“Mereka ketawa sekuat hati, setiap ahli kumpulan senaman itu digalakkan ketawa sekuat yang boleh,” kata Shirsat dalam aduannya.

Yoga ketawa dipopularkan sebagai rutin senaman oleh seorang doktor perubatan India, Madan Kataria pada 1995. – AFP



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • http://profile.yahoo.com/UUJIJLYAZZSB4QCHKZEJEQGGV4 The Darkness Saint

    solat 5 waktu adalah senaman yoga paling terbaik di dunia

  • http://profile.yahoo.com/GDF7TCJBPGQEMEE6XDGOGQZ52U ismacome

    Jgn nk samakan yoga dgn solat dan jgn buat perbandingan antara yoga dgn solat dan jgn pula kata solat itu yoga, org kapir mana tau solat, yoga ketawa tu boleh dilakukan tapi juah nun digunung atau padang pasir yg jauh dari orang ramai, ketawa sampai pecah perut sekalipun xde sape nak marah…

  • http://profile.yahoo.com/GDF7TCJBPGQEMEE6XDGOGQZ52U ismacome

    Jgn nk samakan yoga dgn solat dan jgn buat perbandingan antara yoga dgn
    solat dan jgn pula kata solat itu yoga, org kapir mana tau solat, yoga
    ketawa tu boleh dilakukan tapi juah nun digunung atau padang pasir yg
    jauh dari orang ramai, ketawa sampai pecah perut sekalipun xde sape nak
    marah…