Lelaki kematian isteri perkosa anak sendiri

Posted on the October 22nd, 2011 under Tempatan by admin

JERANTUT: Seorang lelaki yang sudah kematian isteri, bukan saja tergamak merogol anak tunggalnya berusia lapan tahun malah lelaki durjana itu juga sanggup bergaduh besar dengan ibu dan adik perempuannya selepas keluarganya tampil membuat laporan polis berhubung tindakan kejamnya itu.

Mangsa, seorang murid tahun dua sebuah sekolah rendah di bandar ini dikatakan dirogol bapanya sendiri yang berusia 32 tahun ketika sedang mandi di bilik air rumah mereka di Kampung Jalan Batu Satu, dekat sini, kira-kira jam 2 petang, 14 Oktober lalu.

Sebelum kejadian, kanak-kanak malang itu baru pulang dari sekolah, masuk ke bilik air untuk mandi tanpa mengetahui gerak-gerinya diperhatikan oleh bapanya dan mangsa yang murung menceritakan perbuatan jijik itu kepada ibu saudaranya selepas didesak berbuat demikian.

Ibu saudara mangsa yang terkejut mendengar pengakuan mangsa kemudian menceritakan insiden itu kepada ibunya dan kedua-dua mereka memanggil suspek untuk mendapatkan cerita sebenar daripadanya.

Ketika ditanya, suspek mula berang dan bergaduh besar dengan ibu serta adik perempuannya itu dan dia turut dikatakan cuba bertindak agresif terhadap mereka.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zakaria Kassim, berkata nenek serta ibu saudara mangsa membawa kanak-kanak malang itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut kira-kira jam 2 petang, sehari selepas kejadian.

“Lelaki itu turut membuat laporan polis, dua jam selepas itu dengan tujuan mahu mengelak daripada dikenakan sebarang tindakan selain mengadu dirinya dikasari oleh adik perempuannya. Dia ditahan sejurus selepas membuat laporan berkenaan,” kata Zakaria.

Harian Metro



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • http://www.facebook.com/arie050657 Che Isa

    nauzubillah…kenapa pendek sangat akal ayahnya ..jangan jadikan  anak menjadi mangsa keadaan..kalau tak tahan khawin lah..

  • huda sweet

    inilah akibat kalau dalam darah daging kita telah msuk benda2 yg haram hingga mnyebabkn tiada pemikiran waras..Na’uzubillah…dijauhkan dr kita semua..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000840427366 Rielya Idayu

    wah,siap nk buat aduan diri dikasari dasar begok punya manusia..

  • Jamilahsamir

    bengong…. anak sndiri pon nk rogol… ape punya manusia la nie… musnahkn masa depan ank sendiri… nie la klu akal letak kt kepala lutut….diri brtemankn syaitan…nauzubillah…..

  • http://www.facebook.com/people/Noraziah-Ogy/100000193504409 Noraziah Ogy

    bodoh punya bapa…..mudah2han semua bapa2 yang kematian isteri dimasukkan iman….
     

  • Afiq_nazilah

    ape ke bodoh nya ayh budak tu sampai sanggup liwat anak sendiri ………gelap dunia anak die tu sendiri…..ne lah yg di katakan syaitan bertopengkan manusia……

  • farahhamdan

    nie bukan bapak nie.. nie binatang.. hidup merosakkan org.. elok jinjang kasi lumat bapk camtue.. kasi pegajarn.. bukan nak pertahankan anak.. tapi,. meroskkan anak lagi ada…  lain kali tahu seket perann bapak..!!

  • sangkelembai

    layak untuk di’flying kick’ secara berjemaah nih…

  • yayunk eida

    ni bukan manusia tapi binatang..binatang pon tahu sygkan ank.. nauzubillah…

  • Bekher Ginsos @ Charliy

    lebih baik lelaki tu kahwin…apa salahnya cari pengganti kalau dah dah kematian isteri…

  • antismg

    binatang pun tahu sayangkan anak