Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid Dengan Sebelah Tangan

Posted on the May 16th, 2012 under Luar Negara by admin

Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya ada tentera bersenjata.

Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.

Siapakah lelaki berjubah putih itu? Masih menjadi persoalan. Tengok video di bawah ini, mungkin kurang jelas tapi video yang kedua di penghujungnya mungkin anda dapat amati betul-betul.. Wallahu a’lam

Manusia atau malaikat? Kalau manusia tidak hairan. Kalau malaikat, maka kita melihat dari 3 sudut hukum: hukum adat, hukum akal, hukum syarak.

Hukum adat atau kebiasaan menunjukkan ia agak pelik kerana adat dan kebiasaannya orang ramai akan gelabah dan kalut ketika pihak keselamatan mengamuk (tak percaya tanya peserta BERSIH). Tetapi lelaki berjubah dan berserban putih itu tenang sahaja seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Datangnya pula dari arah kawasan yang dikuasai tentera.

Hukum akal pula mengatakan tidak mustahil kalau itu adalah malaikat. Yang mustahil pada akal ialah seperti anak lebih dewasa dari bapa.

Hukum syarak pula boleh diambil dalilnya dari al-Quran dan Hadis. Dalam al-Quran Allah diceritakan kisah Nabi Ibrahim yang didatangi 2 Malaikat berupa lelaki segak memberitahu tentang Nabi Ibrahim yang akan dikurniakan anak dari Sara walaupun Sara tidak mampu lagi mengandung. Malaikat itu pula tidak menjamah daging lembu panggang yang dihidang oleh Nabi Ibrahim.

2 Malaikat itu juga datang kepada Nabi Lut memberitahunya supaya keluar dari negerinya sebelum waktu Subuh kerana Allah akan membinasakan negeri itu yang penduduknya beramal dengan homoseks. (Golongan LGBT, ambil perhatian perkara ini!).

Jibril as sendiri datang kepada Nabi SAW dengan rupa lelaki segak, berpakaian putih tanpa kesan musafir, rambut hitam.

Dalam beberapa riwayat disebutkan Saidina Ali juga pernah berurusan jualbeli unta dengan Malaikat Jibril dan Mikail yang berupa dengan rupa lelaki setelah Saidina Ali memberi sedekah kepada fakir miskin.

Justeru, kalau lelaki yang mengangkat orang yang ditembak itu adalah malaikat, maka ia bukanlah sesuatu yang mustahil menurut hukum syarak. Maka perkara ini boleh dianggap satu karamah kepada mereka yang syahid kerana diangkat oleh malaikat, atau kemuliaan juga bagi rakyat Syria secara umumnya yang menentang pemerintah yang zalim seperti Basyyar al-Asad itu.

Dalamasa yang sama, perlu diingat dengan ungkapan: ‘Al-Istiqaamatu khairun min alfi karaaamah’ . Istiqamah iaitu tetap dalam prinsip agama, perjuangan, ibadah dan kehidupan menurut Islam sebenarnya lebih baik dari seribu karamah (kemuliaan) yang diberi yang ditunjuk antaranya melalui klip video tersebut.

Moga Allah membantu rakyat Syria yang dizalimi dan menghancurkan kezaliman dan penzalim di seluruh pelusuk bumi ini.

Oleh: ustaznik



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Zull72

    subhanallah dengan selamba jer dia ambil mayat tu tanpa rasa takut….padahal banyak tentera upahan disana…

  • Azrul

    subhanallah….allah melindungi dia ..alhamdulilah…

  • ejahaza

    subhanallah…hnya ALLAH SWT yg maha mengetahui,,

  • Elynalia

    ALLAHUAKBAR.
    ALLAH MAHA BESAR.

  • JK

    YA ALLAH…ngeri nye mendengar suara2 yg menjerit2 tu

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1417096326 Haslynda Zainol

    Dia mengangkat dgn dua tangan 0.17saat..ada mcm buku note hitam atau pen di poket kiri baju jubah dia. Dia nampak seperti orang yg beriman kerana cara dia berjalan sebelum itu seperti orang yg tenang sedangkan yg lain mampu berdiri menunggu masa yg tepat untuk mengangkat pemuda itu… Semoga Allah memberi kejayaan kepada pejuang Syria. Amin.

  • Eddie89

    sesungguhnya para suhada’ itu kekasih Allah ..

  • wahyu

    itu baju putih arab itu, baju kesukaan malaikat 2…..

  • naz

    subhanallah…

  • Imranaagger

    aku rasa dunia ni da teruk, tggu masa je ALLAH nk habiskan umat akhir zaman ni…
     

  • Bukhari Halim

    Bashar Asad aq rasa la tentera dia nie memang kaum dajjal 

  • Nabila_anith

    Subhanallah…ya allah….selamatkanlah hamba mu yg berada di jalan yg benar…permudahkanlah segala urusan mreka….

  • Radzie36

    Subhanallah.

  • Lieya85

    Allah maha besar..

  • Cats

    tiada yg mustahil dalam dunia ni

  • kiyai de la rocca

    Mungkin die dr golongan manusia yg berani mati syahid..x taku mati..

  • Bagusla

    Subhaanallaah…semoga syiria segera aman…aamiin…

  • http://www.facebook.com/yna.amryna Yna Amryna

    Subhanallah..Allahu akbar

  • M16

    Jerit-jerit panggil Allah tapi Allah tak datang tolong pun !

  • http://www.facebook.com/bob.ridwan.5 Bob Ridwan

    Subhanallah. Pada tahun 1967, di hadapan Masjid Kg Cheng, Melaka, genap jam 12 tengah malam, bulan penoh, saya nampak orang berjubah Putih ( sama dengan dalam video) keluar Dari pintu hadapan masjid yang tutup, turun tangga Dan berjalan 25 meter ke perigi. Dia angkat baldi yang terletak di perigi Dan lepaskan baldi ke dalam perigi Dan menyedok air. Nampak dengan jelas Dia naikan baldi, letak di atas lantai perigi Dan ambil Wudhu. Selepas ambil Wudhu, Dia mengadab ke arah Qiblat Dan doa Selepas Wudhu. Selepas doa, dia berjalan naik ke tangga Dan Masuk pintu hadapan Masjid yang tutup. Masa itu di kampung tiada letrik. Umur saya 16 tahun. Lima kawan saya yang Ada bersama saya tidak nampak orang yang berjubah putih keluar Dari Masjid tersebut. Kita sedang duduk di halaman kedai runcit mengadap masjid jarak 20 meter jauh. Masjid berkenaan Ada lagi di Kg Cheng, Melaka, di Simpang Tg Minyak. Kerana itu, saya memelok ugama Islam.

  • Pingback: Subhanallah…Video Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid Dengan Sebelah Tangan – Harian Metroll – Blog Isu Hangat, Isu Semasa dan Blog Hiburan Malaysia

  • Pingback: - Perkongsian Informasi Dan Ilmu Perniagaan Internet | Perkongsian Informasi Dan Ilmu Perniagaan Internet