Lelaki amuk di JPM dakwa dia ‘Imam Mahadi’

Posted on the July 9th, 2012 under Tempatan by admin

PUTRAJAYA – Menggelar dirinya ‘Imam Mahadi’, seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.

Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.

[BERITA BERKAITAN: Dua mengamuk di JPM, seorang mati]

Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketida berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.

“Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.

“Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.

Berita berkaitan:

Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.

“Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya ‘Imam Mahadi’,” katanya.

Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis,” katanya.

Sinar



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • zyclone

    ape pun tahniah kpd pasukan keselamatan jpm yg berjaya mengawal keadaan dari tragedi tersebut menjadi lebih teruk…

  • Sophisticated_rieffy

    wut MALu UIAM jerk! melahirkan graduasi yg AMAT BERTAMADUN camni!

  • phia

    erk…lpasni sapa plak nak ngaku NABI ISA?

  • mat yoyo

    knp dia mengamuk sebenarnya? ada sesiapa yg tahu?

  • Spanarmaut

    Bongak mengamuk ngaku i. Mahdi np. Imam mahdi pn x thu dia khalifah akhir zaman.

  • Bobyazid

    tapi haruskah polis membunuh suspek. kenapa tak tembak kaki dia atau guna stun gun ker, pujuk dulu ke. harus je tembak di perut. Menangani masalh dgn cara mudah sgt.

  • Oddysey10

    mesti pikir dulu sebelum cakap… ada sebabnya di mengamuk begitu,,, kalau dia di katakan tak waras tak patut sebab pompuan tersebut pun turut sama.. kompom ada sebabnya.. perasaan tidak puas hati kut kat JPM :D Peace

  • sekalisekalajekomen

    imam katanya….:-p

  • Ali22

    sembang mmg senang….

  • Makkau

    ckp senang la….

  • Pingback: Video ketika suspek mengamuk di JPM ditembak Polis — Harian Metro Online

  • Sabrina_shamadam

    Sebenarnya tk perlu pun nk timbulkan masalah p mengamuk mcm tu….tu bkn caranya…allah s.w.t bg kita akal dn fikiran untk apa? untk kita berfikir sblm kita bertindak…saya tidak menyebelahi sesiapa tapi ini lah natijahnya bak kata pepatah IKUT HATI MATI IKUT RASA BINASA jd fikir-fikir dan renungkanlah….

  • Nurisyar_84

    apahal 2org ni menyusah pihak polis…nak mati sgt dah kot…yg pompuan blajar tinggi2 pun xguna…..

  • Himura

    Urg tak betul lah tu

  • Pingback: Kononnya, Amuk di JPM Kerana Dengar Ceramah Abby! — Harian Metro Online

  • Zairey_san

    Dah ada laki tp ikut jantan biol ni watpe?