Lambaian Kaabah: Tabung Haji pantau amalan khurafat

Posted on the October 11th, 2011 under Tempatan by admin

KELANA JAYA: Pihak Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa memantau dan memberikan penekanan kepada jemaah mengenai amalan khurafat yang dilarang dilakukan mereka di Tanah suci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara itu sentiasa dititikberatkan kerana amalan khurafat bertentangan dengan ajaran Islam.

Katanya, pakar rujuk yang diketuai Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij), Datuk Noh Gadut akan memberikan nasihat kepada jemaah sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

“Negara kita tidak mempunyai masalah sangat berkenaan amalan khurafat ini kerana di setiap maktab (tempat tinggal jemaah) terdapatnya ustaz yang bertindak sebagai pakar rujuk.

“Namun, kita akan sentiasa mengingatkan jemaah melalui kelas bimbingan yang diadakan agar amalan ini dapat dielakkan sama sekali,” katanya.

Menurutnya, jemaah sendiri sudah memahami bahawa amalan itu salah dan perlu dielakkan sama sekali.

Harian Metro


Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,