KP Kesihatan mengaku khalwat dengan pegawai sendiri

Posted on the November 15th, 2012 under Tempatan by admin

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat.

Jika Dr Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan.

Beliau didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi hari ini.

Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.

Mereka membayar denda itu.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini.

Dr Hasan didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 manakala Wan Syarifah Nooraazmanita didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie Che Saupi Che Husin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sepasukan anggota penguatkuasa dari JAWI bertindak memeriksa bilik tersebut selepas menerima maklumat awam.

Pasukan itu kemudiannya mengetuk pintu bilik itu dan lebih kurang lima minit ia dibuka oleh Dr Hasan yang berbaju kemeja berwarna biru dan berseluar coklat.

Selepas dibenarkan masuk oleh Dr Hasan, pemeriksaan mereka mendapati Wan Syarifah Nooraazmanita yang memakai baju dan berseluar hitam sedang duduk di kerusi berhampiran katil.

Hasil siasatan lanjut mendapati Dr Hasan merupakan seorang duda dan Wan Syarifah Nooraazmanita masih lagi isteri yang sah kepada pasangannya.

Wan Syarifah Nooraazmanita, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya.

Ketika merayu hukuman ringan, Dr Hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan insaf. – Bernama



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • dee

    yang tua pun masih x kenal apa itu dosa apatah lagi nak membentuk anak dan mengajar apa yg baik dan apa yg buruk…subhanallah…si lelaki kena minta maaf dari si suami wanita itu jika x dimaafkan maka dibawa ke akhirat nanti….

  • indah

    bertggjwb mmg bagus tp kalo dah byk duit ni …..senang je nk bayar kn???siap blh payung lgi,ada ape dgn tarikh hijrah bgi mereka ni?buat malu kementerian,agama n si suami yg masih ada ikatan tu…kalaupun ada niat nk kawen,si isteri org ni ape cer?berbincang bkn dn hotel atau berdua2 an..byk tmpt lain lgi sesuai…so,tapis2 la denda diorang ni…mentang2 la ada duit….

  • ellen

    Memalu kan klu bujang dgn duda tak pa ini dgn isteri org!!! Perempuan di mana u simpan muka u seronok ja yg u tahu,

  • http://www.facebook.com/notto.impressyou NotTo ImpressYou

    Jangan bila dah ken tangkap, baru nak cepat2kan pernikahan sekadar nak mengelakkan hukuman lebih berat. Bila dah suka tu dan terniat nak kebas bini orang, kalau awak tu jantan sangat, pergilah jumpa suami orang tu macam mana-mana lelaki budiman perlu buat dan tebus harga isteri tu. Bodoh ! Pangkat Ketua Pengarah, tapi moral bawah telapak kaki.

  • infinity

    manusia tak maksum…………..apa pun yang mengampunkan dosa adalah Tuhan.

  • kamasutra dewi

    tahniah kpd JAWI…kalau x de tangkapan ,kes spt ni akan disorokkan oleh KSN/KPPA….dah bnyk kali berlaku kes serupa ni antara kakitangan kerajaan samada di luar pejabat atau dalam pejabat sendiri..dulu bekas bos bhgn naik pangkat JPA ngan secretary dia pun senyap..bos tu tkr naik pangkat g SPA plk…dlu kat kementerian alam sekitar bos ngan peg kementerian yg skrg ni dh jd KP plk..mrk lakukan perbuatan trkutuk ni dlm tandas KP tu sendiri…kes dh heboh satu pejabat dan sampai ke pengetahuan KPPA..tiada sbrg tindakan yg diambil…bos2 jabatan kerajaan ni x bermoral sungguh…mana nk ltk imej perkhidmatan awam klau cmni?

  • Pemerhati

    tengok muka pun dah tau jenis minat kat bini orang..bodoh punye orang..
    jenis suka robohkan masjid..mentang2 la pangkat pengarah suka-suki je buat pe yang nk buat..tidak peduli dah bini orang ke sapa ke..haktuihhh…

  • Death

    celaka

  • muslim

    nafsu tidak terkawal, sepandai tupai melompat akhirnya tersungkur juga… buang keje laa weiiii, xguna jd KP kesihatan, kalu bt pkara yg xsihat, memalukan~

  • Serizawa

    hukum dunia leh lepas dgn bayaran…hukum Allah tu yg kekal..hmmm..masing2 ade bahgian masing2 ‘disana’ nanti..

  • SHEK

    jgn mudah nk menghukum.itu urusan dia dgn Allah.mana tau dia jujur taubat nasuha.salah org kita nmpk,salah sendiri?Rasulullah xpernah maki hamun org mcm awak.mana tau dia lbh kenal Allah drp awak lepas ni.

  • SHEK

    cukuplah menghukum,ntah2 awak lg teruk kena,diaorg selamat.Syaidina Omar al khatab lg dasyat ank perempuan sendiri dibunuhnya,tp SELEPAS taubat ALLAH janji syurga utk dia.diaorg tu bukannya murtad smpi nk kita nk mengaibkan mrk

  • SHEK

    celaka,sial hanya Allah layak gunakan utk syaitan,refer quran ler.setakat kita yg darjat bwh2 ni jgn guna pakaian ALLAH

  • SHEK

    itulah nafsu,biasalah,ramai manusia arini tunduk pada nafsu,nk beli keta besar,nafsu nk umah besar,nafsu nk beli tv lcd besar,tunduk pada nafsu kemarahan,sama jer.nape manusia tunduk pd nafsu?kerana xkenal Allah.Sampai berkahak.kita sesama umat doakan mrk kembali pd jln yg benar.sygilah sesama umat,atleast mrk masih pegang kalimah Allah,nape yg malas solat awk xkahak kan?nape ramai malas solat?krn xkenal ALLAH

  • SHEK

    DLM ISLAM xkira bujang ker duda ker salah tetap salah.bukan nk seronok,mrk ada masalah masing2,syaitan dtg mengoda,refer balik usuldin manusia,nape Adam hawa terlucut pakaian syurga,di hantar ke dunia.cari ilmu tu.ketika kita sedang marah lg mudah syaitan,jjin masuk dlm tubuh kita,ketika kita bersedih,terperanjat,terlalu gembira ketawa juga mudah syaitan,jin masuk dlm badan.itu bahagian mrk.jgn aibkan mrk seteruk itu,sabarlah.

  • SHEK

    kita xtau apa masalah mrk sebenar.xpayahlah nk suruh minta maaf ker apa ker,krn kita xtau hal sebenar,nanti xpasal2 menimbulkan fitnah,bukankah fitnah itu lbh teruk drp org yg berzina,kenal ALLAH dulu automatic kenal dosa,pahala,

  • SHEK

    xpyh nk tapis2,mahkamah lg arif……xpayahlah kita nk jd mahkamah kedua.dan jgnlah kita menghina mahkamah syariah kita……..mhkamah lg arif dan tinggi ilmu……bukan soal duit,defendan byk duit itu rezki dia Allah bg,xpayah dipersoalkan.kita ada rezki yg ditetapkan,…..xbaik cemburu,cari ALLAH dan mintalah rezki byk,InshaAllah dpt….

  • SHEK

    saya suka statement ni.yg penting kita doakan utk manusia yg masih pegang kalimah Allah ni jaga solat,tanpa tiang robohlah rumah tangga

  • SHEK

    masalah peribadi dia kita xtau,tp tanggungjwp dia dlm kementerian dilaksana dgn jujur.bukannya dia jual malaysia ni pun.alah ada org besar tu siap ada bukti vcd lg,homoseksual lg…xde pun org nk kecam dia.yg penting jgn sampai nabi laknat,xmengaku umat,ALLAH LAKNAT.Elakkan tu(cerita ini tiada kena mengena dgn yg masih hidup ataupun yg dh mati,sape mkn cili dia rasa pedas)

  • SHEK

    semulia mulia mahluk adalah manusia,jgnlah kita samakan manusia islam dgn binatang…. selagi pegang kalimah,jaga solat inshaALLAH selamat,harap kita semua kembali kejln ALLAH.

  • jebat

    wah dah dapat benda sedap…nyum3

  • SHEK BANGANG

    KAU MCAM BAGUS2 LA SIAL..,SEMUA KAU NK COMMENT..,CAM GAMPANG..,INGAT KAU BAIK SANGAT KEW BARUAH!!!!