Koma dibakar angkara kekasih panas baran

Posted on the August 15th, 2012 under Jenayah by admin

KUALA LUMPUR: “Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

Harian Metro



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • yahoo

    anak beruk pun tau jaga anak. tak sewenangnya beruk bagi anak dia diambil org bawak gi jalan2. org? senang2 je bagi jantan angkut anak. org dah jauh dari agama, atas dunia dah dibalas… kalu tak bertaubat, dpt lagi kat akhirat…

  • Stukinnn

    ish…kalau bapa aku lelaki nak ajak kuar…apa lagi jam pagi subuh gitu…kenapalah nak bersahur kah apa kah alasan…tidaklah kena izin…kalau degil,makan lah kau rotan hah..nasib bapa aku tegas..tidaklah aku jadi perempuan hanyut..alhamdulillah

  • Muhammad Al-Sufi

    Salah ayah nya sendiri…mengapa bagi keluar tengah2 pagi…kan ditegah oleh agama membenarkan anak gadis keluar bersama lelaki bkn muhrim…apatah lagi ditengah pagi…kan boleh mengundang macam2…pada teman lelaki gadis tersebut bersedia lah mengadap hukuman dunia…buat jahat xkan selamat insya allah…

  • Azilasaja

    hmm kak anak baru tingkatan 4 walau kenal keluarga ye saklipun tak swenang ye bagi kebenarn keluar lgpun terlalu budak2 sgt lagi..skarg msalah gejala sosial terlalu bnyak kena awasi anak lagi2 perempuan

  • Nadia Nazaruddin

    Baru umur 16 tahun dah dpt kebenaran utk keluar tgh pagi buta? Masyallah… Mcm mane la parents die jaga anak2 die… Bila dah jadi mcm ni,kan susah..keluar paper sane sini… 

  • Firdauskasim89

    Ini adalah salah satu contoh padah akibat manusia tidak berpandukan pada agama

  • Eta_collin6568

    apa pon jadi kan itu sebagai tauladan……… supaya x sewenangnya nk lepaskan ank2 perempuan keluar tanpa kawalan.

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000373642770 Alfonso de Albuquerque

    nasib kne bakar…law mengandung??

  • Sophia Hamidon

    pergaulan yg bebas..org tua pulak main lepas tgn aje..bagi cam..terima aje laa..salah siapa???1 jari menunding pada org lain..3 jari menunding kearah diri sendiri..

  • Mohdyusriyusof1

    nah tak de sape pun yang kesian…sebab salah Bapak dia sendiri…tak malu pulak tu buat pengakuan dalam paper membenarkan anak gadis (gadis ke?) keluar pukul 3am dengan BF…bahlol betul bapak nih…

  • S Helmi83

    Jgn mudah menunding jari mengatakan sape yg bsalah.. Kte pon x tau citer sbnr.. Hanya baca ppper jer.. So amik teladan sudah memadai..

  • Fazlyazharyunusalmansuri

    moga jadi iktibar buatnya dan pengajaran buat yg lain2…ALLAHU AKBAR!!!

  • http://www.facebook.com/people/Soby-Jaafar/100001274832520 Soby Jaafar

    dah selalu biar keluar berdua2an begini ke?……ish ish ish sekarang ni maksiat dilakukan oleh orag yg dikenali…….nauzubillah…..

  • Hujan

    tu lhh…spe suh kuar ngan jantan bkn mahram..sbb tu islam mengharamkan kita kuar atau bersentuh-sentuh ngan bkn mahram

  • tak ada sape2 pun

    YANG BAIK JADIKAN TAULADAN, YANG BURUK JADIKAN BATASAN… RENUNGAN UNTUK SEMUA MEREKA YANG BERGELAR IBUBAPA….

  • Syu_anoi

    kecian…dunia dah akhir zaman..

  • Anis_kmtg

    nie la klu tk reti ambl berat tentang hal anak2..binatang pown syg anak nya..sedang dia ada otak tp tk boleh fikr…nie manusia adew otak boleh fikir tp tk guna baik bg kt binatang…guna la akal sebelum bertindak..

  • Aisehmen..

    Asal kenal jer…dh boleh nk percaya dgn Si Jantan.. Lainlah kalo Jantan tu Sida Istana Maharaja China.. ‘Anu’ dh potong..nafsu dh xde.. Ape la Si bapak nya ni..