Kisah Mayat Membaca Surah Yasin di Mekah

Posted on the June 15th, 2012 under Agama by admin

Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.

Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

Sumber: Melayukini.net



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • wanie hazwanie

    hebatnya kuasa allah ini!!!!

  • hamba Allah

    Subhanallah..~

  • Rockstar7045

    Cemburu sy dengan amalan hamba Allah SWT ni. 

  • Nurintandhanialya

    ya..Allah hanya engkau yg maha mengetahui…segala yg berlaku….di dunia dan di akhirat…

  • Ajiemfroggie

    sungguh indah nikmatMu Ya Allah….

  • Mizanqistina

    Dan juga sesiapa yg hafal Al-Qur’an jasadnya tak kan reput 

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1435912271 Shida Sham

    kalau mayat pun baca surah Yassin..korang yg hidup tak reti2 bahasa lagiiiiiiiiiii???

  • Anakpadi87

    kelebihan ilahi yang amat agung..alngkah bagus jikalau daku seperti hamba allah itu.

  • Mr.PiNGU

    Subhanallah.. Insafnya saya

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100003028621386 Halal Surf

    Allahuakbar…

  • Ahmadpasuni

    aku sering mendgr cerita2 tentang keajaiban kejadian2 yg tidak masuk akal… alangkah indahnya andai aku dapat menjadi salah satu dari mereka yg beruntung utk menikmati/ menyaksikan kejadian ajaib sedemikian.. amin insya allah!

  • Mohdtaslimt

    Subhanallah…….semuanya atas kehendak Allah swt…….

  • Aanimos

    Jasad tidak di terima alam?

  • Ammarsparrow

    Subhanallah hebat nya kuasa allah

  • Sriani 82

    subhanallah…

  • zul

    Alhamdulilah…. Segala puji hanya pd Allah yg satu…

  • http://www.facebook.com/marcel.santiago.90 Marcel Santiago

    Tak reput bermakna seperti baru sahaja meninggal dunia. Kalau mayat yang tidak diterima bumi, sebelum mayat itu menjejak ke tanah tanda-tanda kebesaran Allah memang dah nampak. Pengebumian mayat tersebut akan menemui banyak rintangan. Kadang kadang ia sangat mengaibkan.

  • Eclipse

    menghafal Al-Quran dan mempraktikkan nya adalah satu perkara yg berbeza..jgn salah tafsir..
    tak guna jika hanya menghafal tapi tidak dilakukan seharian..biarlah tidak menghafal Al-Quran tetapi membaca nya hari-hari..

  • Rinto

    Subhanallah..Maha Suci Allah…Allah Maha Segala2nya..ALLAH HU AKBAR!!!!