Kepala babi ditemui di Masjid Nurul Iman, Rawang

Posted on the February 1st, 2012 under Tempatan by admin

Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.

Menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei (dua dari kiri) kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.

Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.

Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.

Beliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

Menurut Gan lagi, kejadian seumpama itu bukannya berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di situ selama 48 tahun.

“Pilihan raya umum semakin hampir dan ada orang cuba untuk timbulkan masalah,” katanya.

Gan menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.

Tindakan provokatif

Ketua Polis Daerah Gombak Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian itu dan berkata ia disiasat bawah Seksyen 285 Kanun Keseksaan.

“Kami belum buat tangkapan dan tak ada suspek lagi,” katanya.

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang juga meninjau masjid berkenaan berkata bahawa Gan akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan melaporkan kepada Menteri Besar untuk tindakan susulan.

Liu juga mengecam tindakan itu yang dianggap sebagai provokatif tetapi bersyukur kerana semua pihak, khususnya jawatankuasa masjid berkenaan tidak bertindak sebarangan tetapi kekal tenang.

Beliau juga enggan membuat sebarang spekulasi dan berkata adalah lebih baik bagi membiarkan pihak polis melakukan siasatan mereka.

Malaysiakini


Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Syazadania

    Teruk betul… sapew la yg sanggup letak kepala babi kat situ….

  • Permadi Bakri

    siapa yang sanggup letak kepala babi depan pintu masuk Masjid Nurul Iman bt 18 Rawang Selangor awal pagi ini ??…pastinya bukan Muslim..!! PASTI !

  • hidayah

    tindakan ini semacam kepentingan bg sesuatu pihak yang cuba membolos pertahanan politik negara. 

  • Mnasir1954

                                                                                                                                     
    Hati Nurani saya mengharapkan orang yang berbuat demikian supaya memikirkan.                    kita biasakan di ilhamkan 2 hati (1) Mata Hati  (2) Buta Hati. Kita di ciptakan olih Allah .                           Allah ialah nama bagi Tuhan kita yang menciptakan seluruh alam ini .                                           Alhamdulillaah.. Allah ciptakan kita  sebagai manusia. maka ikutlah ilham dari mata hati demi untuk kebaikan dan kesejahteraan di akhirat nanti .  Jangan mengikut dari Buta Hati yang akan membawa keburukan dan kesengsaraan di akhirat nanti. Membuat sesuatu keburukan  di rumah ibadat adalah amat di larang oleh Allah kerana ia bolih membawa kemusnahan kepada umat manusia.

  • http://www.facebook.com/people/Pok-Di/100001850555187 Pok Di

    kalu aku jumpa org nya….aku gosok kepala bagus kau buat macam tu ……kau betul2 xada maruah…..ibarat puki mak kau letak kat situ

  • RacerCimO

    pe kes la nyusahkn dr buat kj x pekdah cm 2,dh tntu2 org lain yg b’untung

  • Izzadi

    Orang2 bukan Islam dah berani menghina Islam sekarang ni disebabkan orang2 Islam sendiri yang sering memperlekeh agama sendiri. Banyak kita lihat ayat2 suci Al_Quran yang digantung di kedai Hindu yang menyamar kedai Mamak. Ada juga orang Islam yang menghina/membenci ulamak. Jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri. Kita juga tak sensitif bila orang bukan Islam mempermainkan hukum2 agama.

  • Abghani77

    tunggu dan lihat kalau brani buat branilah menanggungnya,kita orang islam tak pernah kacau orang bukan islam..tapi mereka dah melampau..

  • Lekiyn

    sangat-sangat menghine !

  • Supardi

    kalau dapat orang yg buang tu belasah sampai terberak

  • Islamicbrotherhood

    kalau dapat orang itu kasi sunat kepala dia..buang kulit tinggal tengkorak.