Kareena Kapoor Enggan Peluk Islam

Posted on the September 14th, 2012 under Artis by admin

Aktres Kareena Kapoor yang bakal menamatkan zaman bujangnya  dengan pelakon Saif Ali Khan pada 16 Oktober ini memutuskan tidak memeluk Islam.

Kereena juga dilaporkan tidak akan menukar namanya dan mahu kekal dengan nama asalnya tersebut.

Saif Ali sendiri menjelaskan dia tiada masalah untuk menerima Kareena dengan agama asal aktres tersebut dengan alasan menhormati agama lain.

“Saya tidak mahu paksa dia untuk menukar agamanya. kalau boleh saya mahu kerajaan meminda  undang-undang  terutamanya Akta Perkahwinan Kasta agar sesiapa yang hendak berkahwin tidak perlu menukar agamanya” ujar Saif Ali kepada Mail Today

Sebelum ini kesemua perkahwinan  berlainan agama dalam keluarga Pataudi memerlukan pengantin wanita untuk masuk islam bagi upacara akad nikah

Ibu Saif Ali sendiri,  Sharmila Tagora yang merupakan keturunan Banggali  memeluk islam untuk bernikah dengan ayah saif Ali, Mansur Ali Khan

Sharmila yang juga pelakon itu turut meempunyai nama islam iaitu Ayesha Begum selain mengunakan nama asalnya.

Majlis perkahwinan Saif Ali  dan Kareena  akan diadakan di istana  Pataudi. bagaimanapun pihak mengantin belum memutuskan sama ada untuk melakukan majlis mengikut tradisi hindu atau syariat islam.

Mail Today



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Nurnajwa_aa

    mmg dunia nie dah nak kiamat. . . . .

  • Firdausyati

    namer je artis tapi xambil berat langsung ttg hukum-hukum agama sendiri. Subhanallah.
     

  • people

    kesian bila xtahu lgsung tentang soal hukum hakam..jgn nk mngaku islam la kalau mcm tu..

  • ieza

    iishhh apa nk jd ni nk kawen tp x nk plok islam..blh plk ckp nk fikir kawen cara islam atau hindu..

  • Billie Alan

    xguna jd manusia..elok jd lembu leh sembelih

  • Siti

    Suka hati dialah asalkan dia gembira sudahlah ! Memeluk agama Islam nanti terjadi masalah pergaulan, pekerjaan, pemakanan dan kehidupan dia.

  • Ngine1512

     itu mksudnya berzina secara terang-terangan. ksian pd dia sbb hkum islam dipermainkan..apa mknanya menjadi islam pd nm shj?

  • nuradajz

    bila agama dipandang ringan..soal hukum kahwin berlainan agama pun bole buat main2

  • Adas

    dia ingat hindu tu ahli kitab kut

  • ika

    islam hanya pada nama…

  • ariels_87

    maka dengan itu…sepanjang perkahwinan itu adalah tidak sah..selama itulah juga berlakunya zina..rosak keturunan sepanjang hayat…nauuuzubillah..

  • san

    mana boleh seorang islam kawin dengan kafir melainkan kafir itu memeluk agama Islam..kalau buat juga,perkahwinan tu tidak sah,atau bahasa pasarnya ialah melakukan perbuatan zina…nk ikut Islam atau nk ikut Nafsu? buat lah pilihan yg tepat dan bijak…

  • Oasis

    Amaa.. Suka hati mak bapak die lah.. Brani buat, brani tanggung.. Teda kaitan dengan kiamat.. Kalau nampak roti canai hangus pun dikatakan kiamat, ntah pa2..

  • insan

    Sila dalami ilmu agama

  • Ajisyani

    Islam hanya pd nama…kehidupan sebaliknya. bertaubatlah….

  • Mona_azurin73

    Patutla negara depa banyak bencana…pangai mcm….burn in hell!!!!!

  • bongsu688

    Banyak yang dah terjadi….. Indonesia pun ada… Kat Malaysia aje lum dengar, mungkin ada.. Tapi tak berani nak istihar….