Kanak-kanak 10 tahun lahir bayi 2.3kg

Posted on the April 7th, 2012 under Luar Negara by admin

BOGOTA – Ini berita yang amat mengejutkan! Di saat rakan-rakan sebayanya masih bermain dengan anak patung, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun di Colombia telah pun menjadi ibu kepada bayi perempuan seberat 2.3 kilogram.

Kanak-kanak puak peribumi Wayuu, yang tinggal di Semenanjung La Guajira, utara Colombia itu, dikejarkan ke hospital selepas sakit perut kerana kontraksi dan terpaksa menjalani proses kelahiran secara pembedahan Caesarean.

Doktor berkata, kanak-kanak itu tiba di hospital dalam keadaan pendarahan serta meraung kesakitan kerana kontraksi yang dialaminya, malah usia kandungannya mencecah 39 minggu berbanding usia kandungan normal iaitu 38 minggu.

Pihak polis mungkin boleh mendakwa bapa ibu muda itu kerana membenarkan seks bawah umur, tetapi kaum Wayuu diberi beberapa perlindungan membenarkan mereka mengekalkan kedaulatan dan warisan budaya tertentu termasuk melahirkan anak di usia sangat muda.

Di samping itu, masyarakat masih membisu dalam mendedahkan identiti si bapa bayi itu walaupun akhbar-akhbar Colombia mengeluarkan spekulasi bahawa suspek merupakan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun, selain percaya ia seorang lelaki dewasa 30-an.

Bagaimanapun, kes tersebut mendapat kritikan hebat pengarah hospital di mana dia melahirkan bahawa memang ada kanak-kanak lain daripada kaum Wayuu pernah melahirkan anak, namun tindakan itu tidak sepatutnya berlaku dalam usia terlalu muda yang masih dalam alam permainan dan persekolahan.

Sinar



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • nurlina awang

    WOW o.O

  • Comeynadiah

    wow gilew

  • Ririn

    omg 

  • Noorwahidahidah

    untung ler

  • HyoKwang

    10 tahun agak-agakla kan.. budaklagi tue… awalnya budak nie dah baligh (datang period)

  • Azerah Badin

    alahai.. kesiannya budak 2 .. x sggupku m’bygkan hidupnya .. 

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=579669258 Syuhadah Saaim

    nanti anak da macam adik dia.dia 20 tahun,anak 10 tahun..

  • http://profile.yahoo.com/JUM4QK7HG46WST57YTXQZCEDPQ Chrysanthemum

    zaman dah berubah… makin pelik ada lah… tak ke relationship dengan anak nanti awkward. terlebih muda pulak mak dia ni.

  • Bolkie

    nnt dah macam akak dgn adik bila dh besar..

  • Lyzawahab

    Suami bdk tu umur bape tahun lak?belasan thn atau puluhan thn….

  • Jamaluddin Mohammad

    Budak tu dah balighla tu…