Kaabah dicuci dengan air Zamzam

Posted on the December 13th, 2011 under Luar Negara by admin

MAKKAH: Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal, mengetuai upacara membersihkan Kaabah, bangunan paling suci, menggunakan air Zamzam yang dicampur dengan air mawar, semalam.

Majlis itu dihadiri oleh sebilangan besar tokoh terkenal, antaranya Ketua Presiden Dua Masjid Suci, Sheikh Al-Hosain dan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam, Ekmeleddin Ihsanoglu.

Kenamaan lain yang turut hadir di majlis itu termasuk Menteri, Fouad Haji Al-Farsy, Datuk Bandar Makkah, Osama Al Bar dan Timbalan Gabenor Makkah, Abdul Aziz Al Khodairy.

Beberapa diplomat dari negara Islam dan pegawai Masjidil Haram turut hadir di majlis itu.

Bahagian dalam Kaabah, dicuci dua kali setahun – pada Muharram dan Syaaban, bulan pertama dan kesembilan dalam kalendar Hijrah.

Kaabah, yang terletak di dalam kompleks Masjidil Haram yang luas, adalah penting kepada agama Islam dan menjadi kiblat kepada semua orang Islam di dunia ketika menunaikan solat.

Berjuta-juta umat Islam datang ke Baitullah untuk menunaikan sebahagian rukun haji setiap tahun.

Melakukan tawaf dengan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, adalah satu rukun wajib umrah dan haji.

Harian Metro


Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Rahman_samry

    assalamualaika ya baitullah….

  • Manjalyn84

    semoga 1 hari dapat duduk depan kaabah… aminnnn

  • mohdalwi

    betapa syahdu nya melihat baitullah,masih lagi ingatan kepadanya

  • sharifah sapiah sharif jamalul

    ya Allah…terasa sayu hati ini memandang baitullah…terasa hati ini berada di atas yg paling tinggi seakan2 rasa terjatuh,,,ya ALLAH…aku rindu dgn baitullah mu…izinkan aku utk menjejakkan kaki ke baitullah mu..disuatu hari nanti dgn izin mu,YA ALLAH…aku rindu dgn baitullah mu….

  • Ustazumrah

    sertai kami di page Akademi Mutawwif – Solusi Menuju Baitullah 

  • Ustazumrah

    sertai kami di page FB Akademi Mutawwif – Solusi Menuju Baitullah dan sama2 kita mencipta Impian Calon2 Tetamu Allah

  • Hafiz Azami

     Seminar Rawatan Islam Mengenai Sihir Dan Kaedah RawatanOleh Pengasas Baitul As-Syifa iaitu ”Y.BHG Ustaz Abu Muhd Sadiq Al-Baghdadi” Tarikh : 25 Disember 2011(AHAD)Tempat : Young Muslim Sports Club.PenangWaktu : 9.30 pagi hgga 5.00 ptgEmail :deenhaqq@yahoo.com. Sila hubungi atau sms ustaz: 014-9437511 untuk rawatan gangguan jin, sihir, saka , santau, pagar rumah kediaman dll(Ya Allah, Engkaulah tujuanku, Dan aku mencari keredhaanMu) PERUBATAN ISLAM PERUBATAN ALLAH

  • Zaihasratampin

    KeAgunggan,KeBesaran,KeMuliaan……TIDAK boleh dipertikaikan dengan benda yang dianggap AJAIB didunia….

  • Lamuji_polis
  • Key_0025

    SeMoga diriku dan keluargaku akan sampai ke tanah suci utk menunaikan hj dan umrah.. Amin…..

  • Sunnykhan_1966

    bila la nk dpt pergi.ada x rezki nak k sana