Juruterbang helikopter terhempas dikenal pasti

Posted on the December 14th, 2010 under Tempatan by Ahmad Albab

IPOH: Mangsa nahas helikopter yang terhempas di Malim Nawar, petang tadi dikenal pasti sebagai Inspektor Mohd Shukri Othman, 31, dari Unit Latihan Polis Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Allahyarham yang sedang mengikuti kursus latihan penerbangan di Integrated Training And Services berpusat di Terminal Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, maut apabila helikopter yang dipandunya terhampas sebelum terbakar di sebuah kawasan lombong di Malim Nawar jam 3 petang.

Beliau berasal dari Permatang Tok Gelam, Seberang Perai, Penang meninggalkan seorang balu berusia 28 tahun anak lelaki berumur setahun lebih.

Ketika kejadian, Allahyarham sedang mengendalikan penerbangan solo dengan pesawat pelatih milik syarikat penerbangan swasta itu.

Helikopter jenis Robinson 44 (R-44), dengan empat tempat duduk itu dipercayai hilang kawalan ketika berada di ruang udara lalu terhempas dan terbakar.

Source: Berita Harian



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,