‘Jeneral Amerika’ tipu janda tua 5 juta

Posted on the May 24th, 2012 under Jenayah,Tempatan by admin

RUMAH banglo seorang janda tua yang terletak tidak jauh dari Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur telah dijual untuk mendapatkan wang bagi diserahkan kepada anggota sindiket penipuan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Demi cinta terhadap seorang ‘Jeneral Tentera Amerika Syarikat’ yang dikenali menerusi internet, seorang janda tua sanggup menjual harta dan menyerahkan wang miliknya yang kesemuanya berjumlah RM5 juta kepada kekasihnya itu yang merupakan ahli sindiket penipuan.

Ibu tunggal warga tempatan berusia 63 tahun itu mengenali suspek pada 2010 menerusi satu ruangan sembang sebelum mangsa dijerat dengan kata-kata manis warga asing itu yang dipercayai didalangi oleh warga negara Afrika.

Mangsa yang memiliki sebuah firma audit di ibu negara dipercayai turut tergoda dengan ahli sindiket itu selepas suspek menunjukkan gambar-gambar wajahnya yang kacak dan mendakwa berusia 50-an.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, dalam perkenalan itu, suspek mengambil kesempatan menawarkan peluang pelaburan di luar negara kononnya menjanjikan pulangan berlipat ganda.

Mangsa yang teruja untuk mendapat kekayaan segera telah menyerahkan wang walaupun tidak pernah menemui suspek.

“Kesemua wang tersebut dimasukkan secara berperingkat sebanyak 30 kali ke dalam beberapa akaun sebelum wang itu dipindahkan ke akaun sindiket,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Izany, kali terakhir mangsa membuat transaksi sebanyak RM50,000 ke dalam akaun suspek adalah pada Ahad lalu.

Kosmo



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Emi suryani

    igtkan da tua,da byk pengalaman idup xde la mslh2 cm nih..p ble da jd cm nih sape ckp org tua yg lebih berpengalaman tuh lebih taw mcm mne nk hadapi idup nih tnpa dipengaruhi nafsu dan godaan??

  • Otai K.L

    xpaham betoi ar..dah tau skg ni bnyk kes penipuan
    awang hitam knp la snang2 sgt pcaye.mudah
    sgt cair..ape x tgk ke dah bnyk sgt pompuan2
    tempatan kene tipu ngn owg afrika ni..mmg snang
    sgt kene kencing.aku xpham owg kaye yg bnyk duit
    ni.kaye je lebih tp otak xpakai utk brpikir.diri
    sendiri yg slah..dah bnyak sgt duit tu lebih baik buat amal bakti pade anak yatim je lg bgus..skg
    dah trkene sndiri tanggung ar…