Janda ‘dimatikan’ sejak 11 tahun yang lalu

Posted on the August 3rd, 2012 under Tempatan by admin

JOHOR BAHRU: “Saya umpama hantu bernyawa. Walaupun masih hidup, tetapi ‘dimatikan’ oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata Siti Salbiah Kasmori, 45, yang mengalami pelbagai kesukaran dalam kehidupan kerana di dalam rekod JPN, dia sudah meninggal dunia 11 tahun lalu.

Ibu tunggal itu berkata, sejak kesilapan itu berlaku 11 tahun lalu, dia sudah membuat aduan kepada kepada JPN tiga kali pada 2001, 2006 dan 2008, namun masalah itu belum diselesaikan.

“Masalah ini menyukarkan hidup saya. Lebih teruk, saya tidak boleh menerima pencen arwah suami kerana secara rasminya saya sudah mati. Selain itu, saya risau keluar rumah kerana bimbang ditahan polis.

“Malah, pada Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu, saya tidak dibenarkan mengundi kerana dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) saya sudah meninggal dunia,” katanya yang ditemui di rumahnya di Bandar Seri Alam, Masai, dekat sini.

Siti Salbiah berkata, dia menyedari status dirinya dikategorikan sudah meninggal dunia oleh JPN ketika mahu memohon MyKad baru diperkenalkan kerajaan pada 2001.

Harian Metro



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • lobo

    apa lagi kak .. saman je JPN kerana menyebabkan hak anda sebagai rakyat dinafikan. 

  • Tamu

    bila kata org gomen tak wat keje tau marah…tapi hakikatnye memang mcm 2…keje dari tahun 2001 kene amik masa 11tahun ke ape????bangang

  • Nora87

    saman and tuntut sekali duit pencen suami tu.. dah berapa lama dah kes ni..dari tahun 2001 tu..

  • Sha484

    JPN kua tv3 macam bagus.. nk tolong anak2 lorong yang xder status.. xder srt beranak, IC. org yg de mslh g besar, siap jmp dorg 3X.. xpulak tlg… aku da agak da.. DALAM TV JERK YANG BERIYE… hahahah… HAMPEH!

  • MUSO MUNAR

    MUNGKIN BAB SALAH GUNAO IC OLEH PIHAK YG TOAK BERTANGGONGJAWAB..CUBO CEK KALO ADO KUBOQ PAKEI NAMO BELIAU..MACEI MANAO PUIN PEKARO KECIK BULEH DI SELESAIKAN OLEH WAKIL RAKYAT TOMPEKTEI..KALO SUSOH BONAR DENGEI PIHAK BANGSO SENDIRI ….BAYOAK TAIK PALAT..JUMPO DATUK MICHAEL CHONG ..DI BANGUNAEI MCA JALAN AMPANG..K.L LEH DI BERESKAN..

  • MUSO MUNAR

    AKU TAK LEH NOAK SALAH KEIN JPN..BARANGKALI SALAH GUNA OLEH ORANG TERTENTU…AGAK NYE..

  • sesah

    kalau JPN bagus dan telus perkara sebegini pasti tidak akan berlaku…jaga dulu rakyat sendiri sebelum jaga PATI….

  • sukaSUKAsuka

    TERUJA nk tau apa alasan JPN ^_^ Plz siar kan jwpn dr JPN ttg isu nie

  • Man

    apa bahasa ni Bang… tak pernah dengar pun… nak kata jawa pun bukan… utara pun bukan… negeri sembilan pun bukan rasanya… pantai timur?…

  • Luvershiachieylla

    JPN mmg sengal..