Jais sedar kegiatan ‘zikir agung’

Posted on the November 10th, 2011 under Tempatan by admin

SHAH ALAM – Kegiatan memaksa anak yatim menyeru nama Abuya menerusi apa yang didakwa sebagai ‘zikir agung’ selepas solat yang dikatakan diamal oleh pengurusan sebuah asrama kebajikan di Puchong, dekat sini, sudah berada dalam pengetahuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejak kematian bekas pemimpin Al-Arqam itu lebih setahun lalu.

Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, pihaknya mendapati nama ‘Abuya’ perlu terus dibawa oleh balunya, Hatijah Aam yang turut dikenali sebagai Ummu Jah sebagai sandaran untuk membolehkan kumpulan itu terus hidup.

“Kita juga mendapati pihak berkenaan menyediakan pendidikan tertentu kepada anak-anak yatim tersebut iaitu berzikir dengan menyebut nama Abuya, mendengar sejarah tentangnya, dan melihat gambarnya sebelum memulakan sesi pembelajaran,” katanya.

Menurutnya, Jais dimaklumkan sehingga kini terdapat lebih 5,000 anak-anak kumpulan ini yang dididik tanpa mengikut sistem pendidikan arus perdana yang sedia ada.

Katanya, pada masa yang sama, mereka digunakan untuk mengutip derma untuk disumbangkan kepada Hatijah dan kumpulannya yang berada di luar negara.

“Daripada sumber yang boleh dipercayai, Hatijah memperolehi lebih RM800,000 sebulan dengan sebahagian daripadanya melalui aktiviti rumah kebajikan tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, kata Marzuki, Jais telah menubuhkan satu jawatankuasa khas melibatkan pelbagai agensi sejak tahun lalu bagi mengenal pasti rumah-rumah kebajikan yang terlibat memaksa anak-anak yatim berzikir memuja Abuya.

Menurutnya, langkah itu dilaksanakan bagi mengenal pasti halangan serta tindakan­ yang boleh dilakukan bagi membolehkan pihaknya bertindak membanteras kegiatan kumpulan itu.

Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan perihal sebuah asrama kebajikan bagi anak yatim, ibu tunggal dan mualaf yang didakwa telah dieksploitasi untuk kepentingan satu kumpulan daripada kalangan bekas pemimpin dan pengikut Al-Arqam yang diharamkan.

Sinar



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Jumaliyah rawi

    jika hal yg sedmkian sudah lama berleluasa, hngga ke 5k anak2 kmpuln ini yg terlibat,ini dah jdi maasalah genting.Kerajaan negri dan JAIS wajib ambil tndakn keras atas pihak2 yg bertnggungjwb.Risalah2,tntang berita berkenaan melalui media masa,program2 ukhrawi,masjd,mdrasah’jabatn kerajaan dn tmpat2awam wajib d sebarkn scepat mungkn,utk menghntikn ‘virus’ ini dr merebak lebih dlm lagi.Sebarang pengutipn derma mesti ada sijil dr pihak JAIS atau badan agama yg bertauliah d bawah undng2 kerajaan,jadi orgramai tk akan menderma mmbabi buta, atas dasar kasihan dn smpati melihat anak2 yg tau menyamar diri dgn pakaian compng cmping,pura2 mnjdi ‘org krng upaya.’