Isteri dipukul sampai mati, suami ditahan

Posted on the December 29th, 2012 under Tempatan by admin

ALOR SETAR – Pertengkaran sepasang suami isteri yang disyaki berpunca daripada perasaan cemburu berakhir dengan tragedi apabila wanita yang baru berkahwin enam bulan lalu itu ditemui mati di rumah mertuanya di Kampung Alor Gelegah di sini semalam.

Kejadian pukul 2 pagi itu mengakibatkan pembantu kedai, Nor Fatimah Anis Md. Radzi, 17, mati dengan kesan kecederaan di kedua-dua belah kaki dan tangan selain kesan luka di dahi.

Dia dipercayai dipukul dengan dua batang buluh sepanjang 0.89 meter di hadapan rumah tersebut.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu dan bapa mertua mangsa tiada di rumah kerana pergi ke rumah anak mereka di Pahang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, polis percaya kejadian itu bermotifkan cemburu namun pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar.

“Sebelum kejadian, pasangan itu dikatakan bertengkar di depan rumah sebelum mereka keluar dengan menunggang motosikal dan pulang 15 minit kemudian sambil diekori seorang lelaki yang menaiki motosikal berasingan.

“Sebaik tiba di rumah, suami wanita itu dan lelaki tersebut bergaduh. Semasa pergaduhan itu, mangsa cedera selepas dipukul di kepala dengan objek keras,” katanya kepada pemberita di sini.

Lelaki itu kemudian beredar manakala suami mangsa membawa isterinya masuk ke dalam rumah.

Menurut Mohd. Zakaria, polis telah menahan tiga lelaki termasuk suami mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua lelaki itu berusia dalam lingkungan 20-an. Dua lelaki itu merupakan kenalan pasangan tersebut.

“Kita anggap kes ini selesai dengan penangkapan tersebut,” katanya yang memberitahu mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu, dia bergegas ke rumah mangsa yang terletak berdekatan dengan kediamannya selepas terdengar pasangan itu bertengkar.

Kosmo



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Kebenaran

    Apa ni? Siapa yang cederakan kepala dia? Si suami atau lelaki itu? Kalau belum tahu kepala tajuk surat khabar itu isteri dipukul suami sampai mati? Kenapa akhbar dan media sekarang tidak takut sebarkan fitnah? tidakkah kalian semua tau apa balasan kamu di akhirat nanti ,?

  • genji

    x lengkap la brite dibagi.. keliru.. yg pukul kepala perempuan tu suami dia atau lelaki tu.. ape la

  • kid

    lelaki pukul kepala suami, lepas tu pergi. lepas tu si suami pukul isteri sampai mati.. sefaham faham saya lah..

  • me

    dia ckp mangsa so prmpuan 2 la yg kna pukul..yg pkul 2 suami dia..ni bkan ftnah tp pelu bca byk kli bru fham..

  • http://www.facebook.com/ahchai.wings Encik Muhammad Haiqal Shukor

    lelaki yg sorg lagi tu (yg pukul suami ) mesti ex-bf @ scandal pmpn tu…suami bengang , tu yg pkl isteri smp mati…padah pmpn tu…da kawin, lg nak ade lelaki lain..tu la pmpn skg…takut plak nak kawin…ntah pape jd kang….

  • rose75

    Al-Fatihah….begini lah akhirnya sebuah rumahtangga …lelaki panas baran x tentu hala…arwah plak masih dalam alam remaja..sepatutnya si lelaki membimbing …..nasi dah jadi bubur…..Yang bakal nak jadi suami renungkan

  • kutu

    laki dia sebenarnya tak cedera langsung… dia yang hentam bini dia…. dasar laki gila,,, kalau bini seperti bidabari padan lah ang nak cemburu… nie… ala2 kadar… boleh bawak bincang mende…aku tau la sebab aku jiran depan umah dia, selalu gak sembang ngan dia… tak sangka dia mati macam nie,

  • lily

    nak best lgi..mne dia dpt buluh tu? lelaki yg nak motorsikal tu bwk ke atau buluh tu mmg ade depan rumah?

  • faza

    Baca sekali terus paham. Lelaki skandal tu balik lps suami si mati pukul si mati kat dahi smpi luka. Dia saksi sblm kejadian. Dia blk sbb x nak campur hal rumahtgga org.

  • Angel Zeckeryl

    Faham dah, adoi.. Baca dua tiga batu boleh faham…
    Suami tu gaduh dgn lelaki tu, kmudian dia pukul ppuan tu..
    Luka tang dahi… Bila laki tu balik,
    Dia pulun belasah bini dia smpai mati..
    Wallahu a’lam..

  • jerome tummiekio

    ini le masalahnye kalau khwin dlm usia muda..

  • me

    bkan la…laki dia pkul dia…laki lg sorg 2 abg laki yg dia p serang..kan kutu da ckp org dpan rumah dia..

  • me

    suami dia yg pkul…

  • me

    yg 2 xpelu fikir…dkt kg buluh ada kat mna2 sja….dlm umah,luar umah,kdang2 kat blakang pntu pun ada…

  • http://www.facebook.com/mikukushowa Mikuku Showa

    nx wat cm ne jodoh x pnjg..

  • Pingback: Fatimah Anis dipercayai maut gara-gara cemburu — Harian Metro Online

  • gadyss

    jangan mudah mmbuat spekulasi kalo kita xtahu ape2….

  • cikgu

    Bagi aq senang je…kalo rs bini curang, x yah pukul dia…cuma ceraikan dia je.

  • cikgu

    Aq ceraikan bini aq dulu sbb kes yg sama…ex-wife aq dating dgn pakwe dia dulu….aq tenang je time tu. lafaz cerai talak satu then upah lawyer syariah uruskan secara baik.

  • mat ketapang

    oooo….hang lah jiran yang dok bagitau hairan metro yerr….citer biaq cleaq….

  • mat ketapang

    lama lama kepala korang sumer yang cedera asik dok pikir sapa pukul sapa…hahahhahahhaha

  • insan

    tajuk media tu dh betul tp kebenarannya hanya org kg itu sahaja tahu..

  • fatinah munsai

    ni la padah kawin muda ngatt..otak xmatang lagi..

  • fatinah munsai

    dunia nak kiamat..