Ikan Hidup Masuk Ke Bahagian Paru-Paru

Posted on the June 23rd, 2012 under Luar Negara by admin

Satu kejadian yang mengerikan apabila ikan hidup masuk ke bahagian paru-paru seorang kanak-kanak di India. Doktor diminta untuk mengambil ikan hidup yang terdapat di bahagian paru-paru kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di India.

Para doktor terus menjalankan operasi pembedahan kanak-kanak lelaki yang bernama Anil Barela menelan ikan sepanjang 9 centimeter di tepi sungai ketika sedang bermain dengan temannya. Setelah menelan ikan hidup itu, lama kelamaan Anil merasa susah untuk bernafas. Kadar oksigen dalam darahnya semakin menurun.

Menurut salah satu media India, kebanyakan kanak-kanak di negara tersebut gemar menelan ikan hidup-hidup saat bermain. Namun kes yang menimpa Anil dianggap cukup pelik, kerana ikan yang ditelannya masuk ke bahagian paru-paru.

“Ikan ini hidup, namun akhirnya mati ketika pembedahan selesai dilakukan. Ikan itu mengganggu fungsi paru-paru dan menyebabkan kurangnya aliran oksigen,” ujar Dr Pramod Jhawar.

Doktor pakar itu berjaya mengambil ikan yang tersangkut di dalam paru-paru Anil. Dr Jhawar mengatakan, ini merupakan kes pertama yang muncul sejak 20 tahun lalu.

p.s: Sama juga kes sebelum ini yang terdapat seorang kanak-kanak yang tertelan ikan puyu apabila ikan tersebut melompat masuk ke dalam mulutnya. Ada juga kes-kes yang lain dan pernah dipaparkan dalam akhbar harian Kosmo.

Sumber: Melayukini



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • tiffany boejin

    subhanallah,,,,,

  • melayu jati

    padan muke…pi makan ikan hidup nape
    xde pasal carik pasal.ikan yg dah dimasak pun bile mkn blh tercekik tulang..ni pulak mkn hidup2.pelik betol org2 negara luar ni

  • Asyraf Aidee

    buke nk kciam ko ore dok…ni dok ngato plok…ni ko ore islam….

  • melayu jati

    sapo dok ngato.che kato padan muko jo…poi make
    ikan hidup watpo.memey ar ksian.dah tu hang leh
    wat lagu mano.ado otok tok pk mu ni..apo kato
    bagi adik mu make sotong hidup…lazaat gilo

  • ks

    BETOL2 PA YANG ASYRAF KATE….NI KE ORG ISLAM???

  • hafiz

    dia ni islam kat IC je , kat pala otak dia , lebih teruk dari kafir .

  • hafiz

    padan muka ? xda nilai kemanusiaan langsung manusia ni , rasanya negeri kelate kuat Islamnya … tapi bukan manusia ni , manusia kafir mmg gini . Bila tgk kesusahan org , dikutuk , bukannya nk ambil iktibar…kesian2 . Try la bagi adik mu makan sotong hidup , nanti tercekik , Melayu Jentayu pula kutuk adik engko , kasihan …..

  • fatihah syahin

    kuasa tuhan..:)

  • Dna

     agaknyer sebb dia konon rasa diri makin dekat dgn tuhan..tu yang dia suka menghakimi org….busuk betul hati manusia yang tiada belas kasihan..tak heran pun kalau org Islam satu dunia bergaduh sesama sendiri…semua rasa dah hebat sgt…tak heran kalau org kaya tak nak tolong org miskin..sebb suka pandan muka kan org susah…tak heran  kalau org islam miskin terus miskin sebab bodoh sombong.

  • dna

     jgn guna nama melayu lah buat malu jer…melayu islam busuk hati

  • melayu jentayu

    jngn lh mngate orng..ambik lh iktibr dri kjdian ni..ini mngutuk je,,ingt dapat phala x kutu2 tu..!

  • suweeet97

    Haha.. kita nak betulkan orang lain. tapi akhirnya menimbulkan pergaduhan pula kat sini.

  • suweeet97

    Haha.. relax okay semua orang.. Saya tak rasa dia nak mengata orang lain. Tapi pada masa yang sama saya tak kata yg saya sokong bab2 mengata ni :) Cumanya, cubalah kita berhenti judge orang lain. Mungkin maksud dia lain sebenarnya. Senyum :)